suria

Wanita hampir masuk ‘jerat’... Bakal suami dipaksa buat loan RM100,000, rupanya keluarga kekasih nak bayar hutang ah long

Ramai terjerebak dengan hutang ah long sehingga tidak menemui jalan keluar. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis berhadapan dilema apabila mendapati keluarga teman lelakinya gemar berhutang sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Lebih mengejutkan apabila pinjaman kewangan tersebut bukan dilakukan di institusi perbankan sahaja, tetapi turut melibatkan ah long.

Meluahkan kebimbangan, dia kini dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan atau memutuskan ikatan meskipun bakal mendirikan rumah tangga.

"Patut ke kita putus dengan teman lelaki yang sejarah keluarganya banyak berhutang? Hutang ah long, personal loan semua.

Pengurusan kewangan yang lemah membuatkan kebanyakan individu dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

Pengurusan kewangan yang lemah membuatkan kebanyakan individu dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

"Apa yang patut aku lakukan? Dalam otak ni fikir nak putus je sebab bimbang jangka masa panjang," luahnya di Threads.

Menurut wanita ini, situasi itu menyebabkan kekasihnya turut diburu ah long bagi melangsaikan hutang yang dibuat keluarganya.

Malah katanya, pinjaman yang dibuat bukanlah sedikit tetapi mencecah ratusan ribu ringgit.

Apa lebih mengejutkan, ketika pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, ahli keluarga kekasihnya cuba 'mensabotaj' masa depan mereka dengan permintaan tidak masuk akal.

  • Gadis dilema selepas tahu keluarga teman lelaki terbeban hutang besar termasuk ah long.
  • Hutang mencecah ratusan ribu, kekasih turut diburu peminjam wang.
  • Keluarga lelaki minta buat pinjaman RM100,000 dan guna duit kahwin bayar hutang.
  • Wanita bimbang masa depan serta keselamatan jika teruskan hubungan.
  • Netizen nasihat fikir masak-masak sebelum berkahwin kerana risiko jangka panjang.

"Abang dia berhutang puluh ribu, mak dia pun suruh dia buat personal loan RM100,000.

"Sekarang kakak dia minta keluarkan semua duit kahwin sebab nak bayar ah long," tambahnya yang turut bimbang ancaman keselamatan.

Meskipun diasak dengan pelbagai alasan, namun wanita ini menzahirkan rasa syukur kerana teman lelakinya berfikiran waras dan tidak melayan tuntutan keluarganya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati gadis tersebut agar berfikir masak-masak sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu jumpa surat ah long dalam rumah, sepupu buat hutang RM4,000! Makin terkejut lepas periksa telefon, ada akaun DS!

ARTIKEL BERKAITAN:  Merana diganggu ah long gara-gara nombor telefon disalah guna, rakan sepejabat buat pinjaman pula lesap lepas ‘resign’!

Walaupun teman lelakinya seorang yang baik, namun risiko berdepan dengan keluarga mentua 'kaki hutang' dibimbangi akan memakan diri dan menjejaskan keharmonian rumah tangga di kemudian hari.

"Awak boleh pilih suami tapi anak-anak tak boleh pilih ayahnya, awak nak tengok ke suatu hari nanti anak-anak hidup dalam ketakutan sebab kena kejar dengan ah long?

"Sampai satu masa nanti, teman lelaki kau kena cuci tahi keluarga dia, walaupun dia berkeras tak mahu tolong tapi lambat laun kena juga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain