suria

Haid bukan alasan jadi singa! Lelaki ini berjaya ‘tarbiah’ isteri jangan penting diri, ajar kawal emosi

Segelintir wanita lebih sensitif ketika datang bulan. -Gambar hiasan AI

KETIKA datang bulan, sesetengah wanita menjadi lebih sensitif sehingga situasi kecil boleh membawa kepada pertengkaran dengan pasangan.

Namun, mood swing berlebihan yang ditunjukkan oleh wanita mungkin boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap pasangan.

Menurut seorang lelaki, dia juga pernah berdepan situasi sama, namun berjaya mengubah isterinya menjadi wanita yang mampu mengawal emosi.

Jelas lelaki itu, dia mendidik isterinya agar memikirkan anak mereka sebelum menunjukkan emosi yang tidak sepatutnya ketika datang bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sedih tiba-tiba haid masa umrah, ini ikhtiar dilakukan ramai wanita datang bulan di Makkah

"Saya faham mood swing ketika period. Tapi jangan jadikan alasan untuk biarkan period jadi punca mood swing.

"Kena kawal, ambil tanggungjawab. Nanti anak tak ingat awak marah sebab period, anak cuma nampak awak marah. Selepas itu dia banyak berubah.

"Dia ambil masa untuk kawal emosi. Saya bangga kahwin dengan dia," tulis pemuda itu menerusi aplikasi Threads.

Dalam hantaran sama, ramai yang turut memberi nasihat kepada kaum Hawa agar bijak mengawal emosi sewaktu datang bulan.

"Jangan jadikan alasan period untuk buat perangai... malu la. Aku pun perempuan, tapi tak guna alasan period kalau bad mood.

"Mentang-mentang emosi tak stabil, kau nak maki hamun teman lelaki. Jangan pentingkan diri sendiri.

"Kawan sekerja aku, kalau period je mesti bergaduh dengan teman lelaki. Masuk pejabat buat muka dan tunjuk perangai tak elok," tulis netizen.

Artikel Lain