MELETAKKAN anak-anak sebagai keutamaan, pelakon Mawar Rashid memberitahu soal mencari pasangan hidup baharu bukan menjadi fokus buat dirinya.Selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, kehidupannya juga kini lebih tertumpu kepada kerjaya dan perniagaan. Dalam masa sama, dia hanya berserah kepada takdir apabila bercakap tentang hubungan baharu dan kembali mendirikan rumah tangga.Perkongsian Mawar sebelum ini menimbulkan tanda tanya ramai. "Semua itu saya serahkan kepada Allah. Itu sahaja."Sudah hampir tiga tahun saya sendiri. Buat masa ini memang tiada masalah, cuma tiada masa untuk berjumpa sesiapa kerana anak-anak masih kecil," katanya kepada mStar.Kenyataan tersebut sekali gus menamatkan spekulasi dia kini sedang hangat bercinta selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid beri ‘hint’ raya sedondon dengan jejaka misteri, tunggu masa sesuai untuk kongsi ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid selesa dengan jejaka sederhana, teringin hidup dikelilingi sawah padi… “Kriteria itu ada pada lelaki ini”Menurutnya, foto berkenaan sekadar bahan promosi ketika dia melancarkan lagu baharu sebelum ini."Itu sekadar marketing sahaja untuk lagu baharu dan video muzik lagu raya."Itu sahaja, tidak lebih daripada itu," ujarnya.Mawar belum terfikir untuk kembali mencari teman hidup baharu. Untuk rekod, Mawar pernah berkahwin dengan usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum sah bercerai pada November 2023.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!