suria

Ingat nak kawan, rupanya ‘hamak’ makan percuma! Pemuda ralat kenalan Snapchat sekat nombor telefon lepas ajak ‘split bill’

Tidak semua janji temu pertama itu berakhir dengan pengalaman manis. -Gambar hiasan AI

JANJI temu pertama yang diharapkan menjadi detik manis bertukar pahit dan memalukan buat seorang lelaki apabila niatnya untuk membahagikan bill makanan (split bill) menerima reaksi tidak disangka.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, lelaki ini menceritakan pengalamannya pulang daripada blind date bersama seorang wanita yang baru dikenalinya menerusi aplikasi Snapchat.

Menurutnya, janji temu itu bukanlah seperti pertemuan sebagai pasangan bercinta, sebaliknya sekadar ajakan makan bersama.

"Selepas kami makan bersama dan borak… kemudian balik la. Apabila sudah sampai ke rumah, saya tanya dia pula di mana.

Pastikan status kewangan dalam keadaan baik sebelum mengajak orang lain keluar bersama. -Gambar hiasan AI

"Saya minta elok-elok nak (bayar) separuh-separuh untuk makan. Dia cakap okey boleh je, dan terus hantar kod QR. Tak sampai seminit terus hilang maksudnya dia block (sekat) saya.

"Tolong la saya ni bukan kedekut tapi common sense la. Makan mamak saya 'gagah' (mampu belanja) lagi. Ni dia ajak cuba fast food baharu, satu set harganya lebih RM20," luah lelaki itu.

Menurut lelaki ini, dia bukannya bersikap kedekut, namun menganggap common sense atau kesedaran sivik dalam berkongsi bayaran sepatutnya ada pada setiap individu.

Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut memilih untuk mencuba menu di restoran makanan segera yang agak mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kikis RM140,000! Lelaki nikahi wanita selepas 4 jam ‘blind date’ menyesal tak sudah

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk perangkap sendiri, lelaki ini ajar wanita berlagak diva masa ‘blind date’... Modus operandi ‘touch up’ di tandas gagal!

"Masa kami borak, saya sudah cakap yang saya buat part time untuk tambah duit belanja  sambil intern (jalani latihan industri).

"Kalau dia cakap something (bagi penjelasan), sekurang-kurangnya saya boleh terima. Bukannya saya tak pernah belanja orang cuma keadaan kali ini agak tidak mengizinkan," jelasnya.

Perkongsian tersebut ternyata mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen.

Ada netizen yang mengecam tindakan lelaki itu dan beranggapan seseorang tidak sepatutnya mengajak orang lain keluar jika tiada bajet yang mencukupi.

"Biasanya kalau tak ada duit, jangan ajak orang keluar. Kalau rasa duit itu cukup untuk seorang makan, pergi makan seorang diri saja dan jangan ajak orang teman.

  • Lelaki disekat selepas meminta wanita baru dikenali itu berkongsi bayaran makan ketika blind date.
  • Dia menjelaskan bukan kedekut, sebaliknya sedang berjimat kerana masih 'intern' sambil bekerja sambilan.
  • Tindakannya itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.
  • Ada yang berpendapat dia tidak patut mengajak keluar jika kewangan tidak mengizinkan.
  • Namun, ada juga yang menyifatkan split bill pada janji temu pertama sebagai perkara biasa dan soal common sense.

"Awak harapkan dia faham awak punya masalah kewangan masa pertama kali keluar bersama? Senang cerita, kalau tak ada duit tak payah ajak keluar," komen beberapa netizen.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut.

Bagi mereka, isu berkongsi bayaran ini bukan isu kedekut atau berkira, tetapi lebih kepada soal budi bicara dan maruah diri seorang wanita.

"Ini bukan fasal sengkek atau tidak berduit. Ini mengenai common sense. Takkan la baru kali pertama keluar bersama sudah minta orang belanja itu dan ini.

"Kita ni jadi perempuan jangan la nak berharap sangat dekat lelaki. Kita pun kena ada duit juga.

"Wanita, jangan susahkan lelaki. Mereka juga anak orang. Kita tak tahu apa masalah kewangan dia tapi jangan tolong jangan susahkan orang okey," komen beberapa netizen lagi.

Artikel Lain