suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebulan kikis RM140,000! Lelaki nikahi wanita selepas 4 jam ‘blind date’ menyesal tak sudah

Pertemuan pertama belum dapat mengenal pasti keserasian antara pasangan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berkahwin hanya empat jam selepas pertemuan pertama melalui blind date apabila sembilan pencari jodoh (matchmaker) memperkenalkannya kepada wanita sama.

Lelaki berusia 40 tahun itu memaklumkan dia bertemu dengan isterinya pada waktu pagi dan atas desakan wanita itu mereka berkahwin pada pada pukul 5 petang hari yang sama.

Dia yang dikenali sebagai Huang berkata pada malam pertama di hotel juga menjadi satu-satunya masa mereka melakukan hubungan intim tetapi selepas itu wanita tersebut menolak sebarang sentuhan.

Huang mendakwa mereka hanya sempat meluangkan dua hari bersama sebelum isterinya menyuruh dia ke Guangdong, China untuk bekerja, sambil kerap meminta wang atas pelbagai alasan.

Sepanjang tempoh kurang sebulan, simpanan Huang berjumlah 240,000 yuan (RM140,000) habis digunakan oleh wanita itu.

Huang mendakwa wanita itu jarang menghantar mesej, namun setiap kali menbakas, ia berkaitan permintaan wang.

Kisah ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial China dengan ramai beranggapan lelaki itu ditipu oleh sindiket penipuan terancang. -Agensi

Artikel Lain