suria

[V] Berjalan atas bumbung selamatkan bayi dalam kotak plastik... Momen pantas sukarelawan banjir sentuh hati ramai

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki memindahkan bayi ketika banjir.

SATU video tular memperlihatkan detik cemas seorang lelaki memindahkan bayi mangsa banjir menggunakan kotak plastik menarik perhatian ramai di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, lelaki yang juga seorang sukarelawan dilihat berjalan dengan penuh berhati-hati di atas bumbung sambil mengusung kotak berisi bayi untuk dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tapanuli Tengah dekat Sumatera Utara di Indonesia.

Dapat dilihat air banjir ketika itu sudah mencecah ke paras bumbung selepas kawasan itu mengalami hujan lebat sejak Isnin lalu.

Berdasarkan video yang dikongsikan di akaun Instagram Sekilas Sumut [Tonton video] orang ramai yang berada di lokasi turut sama membantu menyambut bayi berkenaan.

Artikel Lain