suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka korban meningkat 44 orang… 279 lagi masih hilang dalam tragedi 7 blok pangsapuri terbakar di Hong Kong

Perancah pada tujuh blok di Wang Fuk Court, Tai Po turut terbakar. -Foto Eugene Lee

SERAMAI 44 orang dilaporkan maut manakala 279 lagi masih hilang dalam kebakaran besar memusnahkan kawasan perumahan di Tai Po, Hong Kong pada Rabu.

Kebakaran pertama kali dilaporkan pada 2.51 petang Rabu sebelum bertukar marak dan asap hitam tebal memenuhi udara dari kawasan Wang Fuk Court dalam masa singkat.

Api marak dengan pantas sehingga menjilat perancah buluh pada tujuh daripada lapan blok pangsapuri, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba, Andy Yeung Yan-kin, terdapat 45 mangsa yang dirawat di hospital berada dalam keadaan serius.

Pihaknya menemukan stirofoam (sejenis polisterin) dalam bangunan dan bahan itu menjadi antara punca api merebak melalui koridor hingga menyambar unit lain.

Yeung memaklumkan pasukan penyelamat hanya dapat memasuki bangunan melalui tingkat bawah ketika operasi dengan kebanyakan tingkat masih diliputi api pada awal pagi Khamis. -Agensi

Artikel Lain