suria

Pemain skuad kebangsaan bawah 16 tahun maut dihempap tiang bola keranjang 

Tangkap layar CCTV, Hardik cuba bergayut sebelum tiang jatuh menghempapnya. -Gambar media sosial

SEORANG pemain bola keranjang maut dalam kejadian tragis apabila tiang gol tumbang dan menghempap dadanya ketika sesi latihan awal minggu ini.

Mangsa, Hardik, 16, adalah pemain yang pernah menyertai Kejohanan Kebangsaan berusia bawah 16 tahun.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di gelanggang yang terletak di Rohtak, Haryana di India.

Rakaman menunjukkan Hardik melompat untuk mencapai gelung sebelum cuba bergayut.

Namun, sebaik sahaja dia berbuat demikian, tiang besi berkenaan tiba-tiba tumbang dan menghempapnya.

Rakan-rakan sepasukan yang berada di tepi gelanggang di kompleks sukan segera bergegas membantu dan membawa Hardik ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Pihak berkuasa memaklumkan siasatan sedang dijalankan, termasuk pemeriksaan terhadap keadaan peralatan dan punca tiang tersebut tumbang. -Agensi

Artikel Lain