suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Budak perempuan 12 tahun 'histeria' rayu dinikahkan, peluk erat kanak-kanak lelaki

Kanak-kanak perempuan memeluk erat lengan budak lelaki sambil merayu untuk berkahwin. -Gambar media sosial

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menangis teresak-esak sambil merayu supaya dirinya dikahwinkan. 

Berdasarkan perkongsian video [Tonton Video] kanak-kanak yang memakai tudung berwarna coklat itu dilihat memeluk erat lengan seorang budak lelaki.

Dengan suara sebak dan sambil menangis, dia berulang kali menjerit saya nak kahwin dengan awak! sehingga mengejutkan orang di sekeliling.

Beberapa orang dewasa cuba menenangkannya dengan memberi nasihat dan cuba memisahkan kedua-dua mereka. 

Namun, budak perempuan itu tetap enggan melepaskan lengan kanak-kanak lelaki tersebut.

Kanak-kanak lelaki itu pula tidak memberi sebarang reaksi dan hanya membiarkan budak perempuan itu terus merangkul erat lengannya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Lombok, Indonesia.-Agensi

 

Artikel Lain