suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas cari servis anak angkat, tawar apartment sebagai habuan… Duit pencen, simpanan pun menanti

Warga emas dikenali sebagai Ma (kiri) mencari anak angkat perempuan. -Foto news.china.com

SEORANG wanita warga emas berhasrat mendapatkan 'khidmat' anak angkat perempuan untuk menjaganya dengan tawaran bayaran tertentu.

Tawaran itu terpaksa dibuat sebagai ganti kepada dua anak kandung yang didakwa mengabaikannya.

Wanita berusia 75 tahun itu menawarkan sebuah apartment serta gaji bulanan kepada anak angkat tersebut.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ma, anak perempuan sulungnya sudah memutuskan hubungan antara mereka manakala anak kedua didakwa mengalami masalah mental dan tidak mampu mengurus diri.

Ma yang mengalami masalah asma dan sukar berjalan lebih 100 meter berharap dapat mencari seorang wanita yang mampu menjaganya, menemani ke hospital dan memberikan layanan penuh kasih sayang seperti seorang anak.

Sebagai balasan, Ma menawarkan sebuah daripada dua unit apartmennya di Henan, China dan semua barangan miliknya serta pencen bulanan sebanyak 3,000 yuan (RM1,750) sebagai gaji.

Laporan media turut menyebut Ma memiliki simpanan berjumlah 400,000 yuan (RM233,320). 

Ma, yang pernah bercerai pada usia muda dan terputus hubungan dengan kebanyakan sanak saudara, bersedia menandatangani kontrak dengan bakal anak angkat pilihannya. -Agensi

Artikel Lain