suria

Berjaya kumpul RM15,000 nak kahwin, pemuda hampa cinta tak dapat restu... Ibu kekasih anggap kerja ‘rider’ tiada masa depan

Kerjaya sebagai penghantar makanan sering didakwa tiada masa depan. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN anak muda masa kini lebih gemar menjadikan pekerjaan ekonomi gig seperti penghantar makanan (rider) sebagai kerjaya pilihan. 

Meskipun menawarkan fleksibiliti masa dan memberi pulangan mengujakan, namun realitinya masih ada segelintir pihak memandang rendah terhadap kestabilan masa depan pekerjaan dalam bidang ini.

Di Threads, seorang penghantar makanan meluahkan rasa terkilan apabila ikatan pertunangan yang sepatutnya berlangsung bulan hadapan dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak wanita.

Lebih menambah rasa pilu, ibu kekasihnya didakwa tidak merestui hubungan mereka kerana status pekerjaannya yang dianggap tiada masa depan. 

Terdapat individu yang berpendidikan tinggi tapi terpaksa bekerja sebagai rider. -Gambar hiasan

Terdapat individu yang berpendidikan tinggi tapi terpaksa bekerja sebagai rider. -Gambar hiasan 

"Bulan depan aku dah nak bertunang tapi baru hari ini dia minta putus, cakap mak dia tak restu sebab rider macam aku ini tak ada kerja tetap, tak ada masa depan," luahnya dengan nada kecewa.

Menyedari kerjayanya sering dipandang sinis oleh segelintir individu, dia menegaskan berjaya mengumpul RM15,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

Malah katanya, jumlah tersebut membuktikan dia berusaha keras untuk memperoleh rezeki yang halal.

  • Rider kecewa tunang dibatalkan sebulan sebelum majlis.
  • Dakwa ibu kekasih tak restu sebab tiada kerja tetap.
  • Berjaya kumpul RM15,000 hasil kerja penghantar makanan.
  • Luah rasa sedih kerjaya rider dipandang rendah.
  • Netizen beri semangat, kata pekerjaan halal tak hina.

"Walaupun aku macam ini, tapi elok je aku dapat kumpul RM15,000 untuk kahwin.

"Aku tahu sikit tapi percayalah ini hasil usaha titik peluh aku dari rezeki yang halal," tambahnya sayu.

Mengakui kecewa dengan situasi yang melanda, anak muda ini juga seolah-olah berputus asa apabila menyatakan penghantar makanan sepertinya pasti tidak akan diterima sebagai menantu mahupun suami.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak kerja luar negara, makcik perlekeh ‘rider’ tiada pelajaran - “Tapi saya jumpa mak setiap hari”

Kata-katanya itu membuatkan beberapa pelayar yang berkhidmat sebagai penghantar makanan tampil berkongsi pengalaman dan nasihat.

"Saya baru bertunang dengan seorang cikgu yang sudah berkhidmat selama tiga tahun dan anak tunggal, pekerjaan ini diterima oleh keluarganya.

"Tak hina pun bang, saya pun rider yang dari sebelum kahwin sampai bertunang dan mendirikan rumah tangga.

"Aku bangga kau boleh kumpul RM15,000 untuk halalkan pilihan hati, simpan duit itu dan bertenang... jodoh yang baik akan datang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain