Wanita terkejut dengan layan birasnya walaupun berstatus anak individu berpengaruh. -Gambar hiasan AI
ISU tempat tidur, kepentingan menjaga aurat bagi kaum wanita dan pergaulan sesama ipar duai sering menjadi topik hangat setiap kali tibanya hari raya.Ada sesetengah keluarga memandang ringan perkara tersebut sehingga menyebabkan ramai berasa tidak selesa pulang ke kampung. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham suami 17 tahun lalu, wanita ini tidak berdepan situasi tersebut kerana wujud sikap toleransi dalam keluarga mentuanya.Apa lebih mengagumkannya, isteri abang iparnya juga cukup merendah diri dan meninggalkan 'status' sebagai anak individu berpengaruh berpangkat Datuk setiap kali pulang ke kampung.Setiap menantu wanita mendambakan keluarga mentua yang menyenangkan. -Gambar hiasan AIMenurutnya, rumah keluarga mentuanya di Taiping, Perak hanya mempunyai tiga bilik sedangkan arwah suaminya merupakan anak keempat dalam keluarga."Agak-agak kami kena tidur kat mana? Kami tidur dekat ruang tamu je walaupun abang ipar tawar kami tidur bilik mereka."Tapi kalau aku mengandung terus mereka pula tidur luar," katanya.Perkara itu membuatkan wanita itu tersentuh kerana birasnya merendah diri dan menyesuaikan diri dengan budaya keluarga mentua tanpa membawa status atau cara hidup asalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cadang suami isteri berkorban, minta tidur berasingan apabila beraya di kampung... Harap berlapang dada soal aurat!ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu"Bila semua adik-beradik suami yang atas kami buat macam tu, dah tentu aku kena la faham cara keluarga mereka."Dari awal perkahwinan aku cuba belajar tepis untuk komplen, merungut dan membenci."Bila kau bercampur ramai-ramai, pasti perangai semua lain-lain. Kau tak boleh ubah sesiapa tapi kau boleh ubah cara dan kefahaman kau tentang orang lain."Kadang-kadang telinga kena pekak, mata kena buta, mulut kena bisu. Aku selalu ikut flow sahaja," katanya.Wanita kongsi pengalaman 17 tahun beraya di rumah mentua walaupun bilik terhad.Dia memilih tidur di ruang tamu dan mengutamakan toleransi demi keharmonian keluarga.Sikap rendah diri birasnya turut menyentuh hati ramai netizen.Menurutnya, sikap tidak merungut penting untuk kebahagiaan rumah tangga.Perkongsian positif itu menerima pujian warganet kerana mesej kekeluargaan yang baik.Ringkasan ini dijana oleh AIDia mengakui didikan arwah suami banyak membentuk cara dirinya melihat kehidupan dan hubungan kekeluargaan dengan lebih matang."Sikap kita memberi impak besar dalam institusi perkahwinan. Jika negatif jangan fikir kenapa hidup tak tenang, anak tak berapa menjadi, duit tak berapa cukup. "Padahal kita sedekah, kita solat. Tapi kita lupa habluminanas. Didikan arwah suami memang berguna," katanya. Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandagan jarang melihat luahan positif ipar duai sedemikian di media sosial."Selalu ingat pesan mak ayah ke mana sahaja pergi kena pandai bawa diri. Insya-Allah dipermudah tidak ada isu, tenang dan damai," komen netizen.