Zulhelmi dan isterinya teruja untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri.
AIDILFITRI kali ini membawa makna tersendiri buat seorang pemuda Malaysia apabila ia diraikan bersama isterinya yang berasal dari Rusia.Menurut Mohamad Zulhelmi, 26, dia teruja memperkenalkan budaya Malaysia kepada isterinya, Tsvetkova Eva, 22, yang baru dinikahinya Mei tahun lalu. "Ini kali pertama kami menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri. Ini juga sambutan hari raya pertama isteri saya."Jadi tahun ini saya bawa dia beraya di kampung ibu saya di Pendang, Kedah.Pasangan ini berkahwin di Malaysia pada tahun lepas."Isteri saya baru memeluk agama Islam sebelum datang ke Malaysia. Jadi dia tak pernah tengok suasana raya."Di Rusia, Krismas lebih meriah. Jadi dia tak sabar nak lihat kemeriahan sambutan raya di sini," katanya kepada mStar.Selain meraikan hari raya di kampung, Zulhelmi juga mahu menunjukkan kebiasaan sepanjang Aidilfitri bagi membolehkan dia mempelajari adat dan budaya orang kita.Pemuda Malaysia bawa isterinya yang berasal dari Rusia beraya di Kedah.Pasangan ini tular kerana sering berkongsi video kehidupan mereka di TikTok.Zulhelmi teruja untuk memperkenalkan budaya Malaysia untuk isterinya.Pasangan ini berkenalan melalui Instagram pada tahun 2013.Ringkasan ini dijana oleh AI"Contohnya bersiap pada pagi raya, bermaafan sesama keluarga, bagi duit raya, pergi masjid, ziarah kubur dan berkunjung ke rumah sanak saudara," ujarnya yang turut dikenali sebagai Maggie.Menurut Zulhelmi yang menetap di Pulau Pinang, isterinya juga masih lagi dalam proses mempelajari agama Islam serta menyesuaikan diri dengan cara hidup di Malaysia."Ini Ramadan pertama isteri saya. Ibaratnya, macam kita ajar budak-budak yang pertama kali berpuasa tapi Alhamdulillah, dia berjaya lakukannya.ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model RusiaARTIKEL BERKAITAN: Alang-alang dijemput kerajaan Rusia, anak Malaysia ‘kahwin’ kali ke-2 di kampung halaman isteri! Pertama kali jumpa bapa mentua"Dia juga berdepan cabaran dari segi makanan, susah nak sesuaikan lidah dengan masakan Malaysia yang pedas."Dari segi bahasa pula, kami bersembang guna bahasa Inggeris. Dia juga ajar saya bahasa Rusia, saya pula ajar dia bahasa Melayu," katanya.Namun apa lebih menarik tentang isterinya, Zulhelmi memberitahu Tsvetkova lebih gemar bertutur dalam loghat utara disebabkan terikut-ikut dengan gaya percakapannya."Dia dengar saya cakap dan nak belajar tapi saya kata kena kuasai bahasa Melayu terlebih dahulu, baru boleh cakap loghat utara," ujarnya berseloroh.Video mengenai pasangan ini turut tular di aplikasi TikTok.Mengimbas detik perkenalan mereka, Zulhelmi berkata dia dan isteri berkenalan menerusi Instagram sebelum wanita itu datang berjumpa dengannya di Malaysia pada tahun 2023."Kami kenal online pada tahun 2023 dan menjalani hubungan jarak jauh. Kemudian, dia bawa keluarganya melawat Malaysia pada tahun sama."Jadi tahun 2024, saya pula pergi ke Rusia. Demi cinta, saya sanggup pergi seorang diri melamarnya sebelum kami berkahwin di Malaysia tahun lalu," ujarnya yang bekerja dalam sektor perkilangan.Dalam pada itu, kisah mengenai pasangan ini turut mencuri perhatian netizen apabila Zulhelmi aktif berkongsi aktiviti mereka [Tonton Video] di aplikasi TikTok.Mereka berkenalan melalui Instagram pada tahun 2013."Biasanya saya rakam video dia melawat ke tempat-tempat menarik. Tak sangka pula orang suka untuk tengok kami."Bila orang suka, kami pun lagi seronok nak berkongsi. Saya bersyukur kerana menerima banyak komen positif, malah ramai mendoakan kami."Ada juga yang mesej dan tanya proses untuk berkenalan serta kahwin dengan orang luar."Tak lupa juga, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin dari kami. Semoga raya tahun ini penuh kegembiraan dan indah bersama keluarga," ujarnya yang memiliki hampir 70,000 pengikut di TikTok.