PELAKON Jazmy Juma menyimpan impian untuk mencabar kemampuan dirinya dengan membintangi naskhah bergenre psycho-thriller dan komedi pada masa akan datang.Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata keinginan itu timbul memandangkan pasaran industri seni ketika ini dilihat lebih banyak didominasi oleh genre aksi dan romantik. "Saya rasa nak buat psycho-thriller lepas ini sebab sekarang banyak sangat cerita aksi kat luar. Banyak sangat cerita cinta.Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Antara yang saya nak buat adalah psycho-thriller dengan komedi. Tapi psycho-thriller adalah pilihan utama, diikuti komedi dan aksi. Ketiga-tiga genre ini memerlukan persiapan yang sangat rapi," katanya kepada mStar. Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama terbarunya Yes! Captain Zul Aaryan pada Rabu. Mengulas mengenai genre komedi, Jazmy mengakui bidang itu mempunyai cabaran tersendiri dan bukan semua pelakon mampu melunaskan watak lucu dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak tahan diganggu, Jazmy Juma beri amaran jangan campur urusan peribadi… “Saya bukan pemarah, tapi jangan melampau”ARTIKEL BERKAITAN: Kena kecam sebab kaku di atas pentas, Jazmy Juma ambil pengajaran... Pertama kali tampil sebagai penyampai anugerah"Saya rasa komedi ini benda yang susah dan tak semua orang boleh buat lawak. Mungkin lakonan lain lebih mudah dan natural. "Saya tak tahu apa akan jadi kalau buat komedi atau psycho-thriller, tapi saya nak cuba," ujarnya. Tambah Jazmy, walaupun sudah membintangi pelbagai naskhah sebelum ini, masih banyak ruang yang ingin diteroka termasuklah watak dalam filem biografi (biopic).Dalam pada itu, pelakon ini menyifatkan setiap karakter yang dibawanya memberi satu pengajaran tentang erti kehidupan, meskipun kadangkala dia terpaksa menanggung 'kesakitan' emosi demi menghidupkan watak tersebut.Jazmy mahu cabar dirinya berlakon semua genre. "Saya pun tak tahu apa lagi perasaan yang mampu rasa daripada karakter-karakter luar ini. Ada beberapa babak yang saya rasa macam nak sekat perasaan itu sebab sakit. "Tapi saya kena rasa sekali supaya benda itu terkeluar dan sampai kepada penonton di skrin," tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!