suria

Rumah dah gelap tetap gigih nak gegar! Wanita geram jiran sekampung datang beraya lewat malam - “Bodoh, jenis manusia tak peka”

Menerima tetamu lewat malam menimbulkan rasa tidak selesa kepada tuan rumah. -Gambar hiasan AI

MEMASUKI 2026, adab datang beraya masih gagal difahami ramai walaupun membabitkan golongan dewasa.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila menerima kunjungan tetamu pada lewat malam ketika keluarganya sudah keletihan selepas seharian merayakan Aidilfitri.

Menurutnya, keluarganya melayan tetamu sejak pagi hingga waktu Maghrib sebelum ingin berehat awal kerana keletihan.

Waktu siang masa yang sesuai untuk datang beraya. -Gambar hiasan AI

Waktu siang masa yang sesuai untuk datang beraya. -Gambar hiasan AI

"Rumah mak ayah dah gelap, lampu semua dah tutup dan memang dah tidur. Tiba-tiba jiran sekampung ada kaitan saudara sikit datang gegar rumah.

"Bodoh, tak peka. Dah nampak rumah gelap, boleh gegar sebab nak beraya. Jarak rumah tak sampai satu kilometer. Kenapa tak boleh datang ziarah esok pagi?" luahnya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘sound’ dalam grup WhatsApp, tak setuju anak saudara tunang raya keempat... Minta tukar tarikh sebab nak ‘healing’

ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukur

Situasi itu menimbulkan tekanan apabila ahli keluarganya terpaksa menyediakan hidangan raya secara tergesa-gesa pada waktu malam.

"Yang bapa aku pula elok je main order macam-macam. Tukang sediakan adik aku. Dia memang maki hamun dah.

"Mujur dia tak terlelap lagi masa tu. Setiap tahun dia hadap, jenis manusia tak peka macam ni. Memang bodoh," katanya.

  • Wanita kecewa tetamu datang beraya lewat malam ketika keluarga sudah keletihan.
  • Rumah sudah bergelap namun tetamu tetap mengetuk pintu untuk beraya.
  • Keluarga terpaksa sediakan juadah secara tergesa-gesa.
  • Dia berharap orang ramai lebih peka waktu berkunjung.
  • Netizen turut bersetuju adab beraya perlu dijaga.

Dia berharap selepas ini orang ramai peka terhadap waktu dan keadaan tuan rumah sebelum berkunjung, terutama ketika musim perayaan.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang masing-masing mengakui kecewa dan letih berdepan situasi sedemikian.

"Kadang orang terlalu ikut adat beraya sampai lupa adab. Kalau rumah dah gelap tu maksudnya tuan rumah dah berehat la tu.

"Kalau kami buat tak tahu je. Tak buka pintu sebab adab datang rumah orang ni bukan waktu tuan rumah nak berehat," komen netizen.

Artikel Lain