SEMANGAT mahu menyambut Aidilfitri dengan tenang bertukar sebaliknya apabila seorang pemuda berdepan situasi kurang menyenangkan membabitkan rakannya yang dianggap sebagai pentingkan diri.Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp, rakan sekolahnya itu tanpa segan silu meminta untuk bertukar kereta selama lima hari sepanjang musim perayaan. Rakannya itu memberi alasan memerlukan kenderaan lebih besar demi keselesaan isteri yang baru bersalin serta anak-anaknya untuk pulang beraya ke kampung.Belajarlah bersyukur dengan segala yang kita miliki. -Gambar hiasan AI "Kadang tak ramai kawan lagi seronok dari ada kawan tapi buruk perangai."Kalau tak pinjam duit, nak pinjam kereta. Kau buat anak ramai, aku yang kena fikir," luahnya di Thread.Bercerita lanjut, pemuda itu berkata dia menolak permintaan tersebut secara baik kerana ingin menggunakan keretanya sendiri sepanjang musim perayaan bagi membawa ibu bapanya berjalan-jalan.Bagaimanapun penolakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati apabila rakannya hingga tergamak membangkitkan isu peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang mak ayah berkira... Minta pinjam kereta 'jarang guna', disuruh bayar sewa bulanan - “Orang tua tak hamak duit kau”ARTIKEL BERKAITAN: Ingat harta wakaf! Wanita bengang kereta kesayangan ‘dilenjan’ kakak ipar, langsung tiada usaha beli sendiri"Kau tak ada anak lagi sebab tu tak faham (betapa) susah (ada) anak ramai (tapi) kereta kecil. Kalau ada duit banyak, aku dah sewa kereta besar," tulis rakannya dalam perbualan mereka tanda berkecil hati.Bukan itu sahaja, rakannya turut menyindir sikap pengadu yang kononnya 'kedekut' sehingga menjadi punca dia disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp rakan-rakan mereka.Enggan beralah dengan drama tersebut, pemuda itu memberikan jawapan balas yang cukup 'makan dalam'."Kau doakan la aku cepat kahwin dan ada anak. Baru aku faham penderitaan kau yang 'terpaling' ada anak," balas pemuda itu.Perkongsian berkenaan menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan pemuda itu.Pemuda kongsi perbualan rakan mahu tukar kereta untuk pulang beraya.Dia menolak kerana mahu guna kereta bersama ibu bapanya.Rakannya menyindir kerana dia belum berkeluarga.Perbualan itu menjadi tular di media sosial.Netizen menyokong haknya menolak permintaan tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIKebanyakan warga maya berpendapat dia mempunyai hak mutlak untuk menolak permintaan melampau yang melibatkan harta peribadi, apatah lagi jika ia melibatkan keselamatan kenderaan sendiri."Dah la meminta-minta, bodoh pula tu. Dia ingat kawan tu beli kereta untuk tanggung anak dia ke?"Orang dah tak bagi boleh pula nak cakap orang macam-macam. Semudah itu ya hidup meminta-minta," komen netizen.Tidak terus berdiam diri, netizen seterusnya 'menyiasat' jenis kenderaan yang digunakan pengadu sehingga rakannya begitu berminat meminjamnya untuk pulang beraya di kampung.Hasil 'siasatan' akhirnya mendapati rupa-rupanya pengadu baru saja memiliki sebuah kereta jenis BMW 320i pada pertengahan Januari lalu.Pendedahan itu membuatkan netizen semakin berang kerana menganggap rakannya itu bukan sekadar mahu keselesaan, tetapi ingin menunjuk-nunjuk di kampung dengan kereta BMW milik kawan sendiri.