suria

Pakaian dicampak keluar pukul 4 pagi! Gadis tak lupa tragedi dihalau ibu saudara, dituduh habiskan tart nanas

Perasaan amarah yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan rasional. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana sebiji tart nanas, seorang gadis mendedahkan detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa dia pernah dihalau keluar dari rumah kampung oleh ibu saudaranya kira-kira pukul 4 pagi pada hari raya pertama.

Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan meskipun ia berlaku ketika usianya baru tujuh tahun.

Tindakan kejam tersebut meninggalkan kesan trauma yang mendalam sehingga ke hari ini.

"Aku pernah dihalau dari rumah (kampung) sebab makcik marah aku habiskan kuih tart nanas. Padahal aku makan satu biji saja.

"Aku masih ingat masa tu pukul 4 pagi, dia campak semua baju aku dekat luar rumah dan call daddy suruh ambil aku," kongsinya di Thread.

Pengalaman pahit berlaku sewaktu Syawal boleh memberi kesan trauma sehingga besar bagi sesetengah individu. -Gambar hiasan AI

Lantaran daripada kisah berkenaan, pengadu bersyukur kerana nenek di sebelah bapanya hadir sebagai penyelamat.

"Akhirnya arwah nenek belah ayah ajar aku buat inti nanas dan tart nanas sendiri.

"Nenek cakap lepas ni makan la puas-puas. Tak ada orang nak kacau dah," luah gadis itu mengimbau kembali peristiwa pahit berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang sudi jamah! Anak yatim menangis di jamuan raya, kuih dibawa ‘tak laku’... cikgu selamatkan keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar yatim piatu menangis ada insan sudi lawat di asrama, sebelum ni cuma mampu tengok rakan lain dilawati mak ayah

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami gadis itu.

"Teruknya perangai makcik kau hanya kerana tart nenas. Tapi mungkin la sebab orang tu teringin sangat makan, tapi kau habiskan.

"Buruknya perangai. Iman letak dekat mana entah. Bertabah la dik. Makcik awak tu, kalau terjumpa nanti boleh lempang dua tiga das," demikian antara komen netizen.

  • Seorang gadis trauma selepas dihalau makcik hanya kerana makan sebiji tart nanas ketika kecil.
  • Kejadian berlaku seawal 4 pagi, pakaian dicampak keluar sebelum bapanya dipanggil ambilnya.
  • Walaupun berlaku ketika usia tujuh tahun, memori pahit itu masih segar hingga kini.
  • Arwah nenek kemudian mengajarnya buat tart nanas sendiri sebagai tanda kasih sayang.
  • Hingga hari ini, dia mengaku masih trauma setiap kali melihat atau ingin makan tart nanas.

Dalam pada itu, gadis berkenaan menjelaskan bahawa sehingga kini dia masih berdepan trauma setiap kali melihat kuih tart nanas, walaupun rupanya kelihatan menyelerakan.

"Sampai sekarang saya trauma untuk makan tart nanas walau nampak sedap sangat sebab asyik terimbau benda yang terjadi.

"Saya rela buat tart nanas sendiri walaupun leceh nak buat inti nanas tu," jelasnya membalas salah satu komen netizen.

Artikel Lain