suria

Nenek ejek cucu autism, sindir belum pandai bercakap... Wanita ini kecewa dapat mentua bermulut lancang

Nenek sebagai individu yang jauh berusia sepatutnya lebih memahami keadaan cucu. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa sedih apabila anaknya menjadi bahan ejekan ahli keluarga sendiri ketika menghadiri kunjungan Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut wanita itu, dia dan suami menyertai konvoi beraya ke rumah saudara-mara sebelah keluarga mentua dengan harapan anak mereka dapat menikmati kemeriahan hari raya.

Namun, keadaan bertukar sebaliknya apabila ibu mentuanya sendiri didakwa menyindir cucunya di hadapan tetamu lain.

Mana-mana ibu bapa pastinya kecewa apabila anak mereka menjadi bahan ejekan. -Gambar hiasan AI

Mana-mana ibu bapa pastinya kecewa apabila anak mereka menjadi bahan ejekan. -Gambar hiasan AI

"Saya ingat anak akan terlepas daripada ejekan dan sindiran sebab dia belum pandai berbual dengan orang.

"Rupanya tidak ya, nenek dia sendiri iaitu ibu mentua saya yang ejek cucunya depan orang," luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Main ramai-ramai, tak lama kemudian ditinggalkan seorang! Bapa anggap pakaikan anak baju ‘I have austism’ silap besar

ARTIKEL BERKAITAN: “Daddy solat” - Ringkas tapi bermakna... Ibu terkesima dengar ungkapan anak autisme, petanda mula nak bercerita

Katanya, suaminya yang selama ini tabah menjaga anak mereka kelihatan sangat tergores hati dengan ejekan ibunya sendiri.

"Suami saya memang tergores, mereka semua memang sudah sedia maklum yang anak saya ni autism.

"Balik je daripada beraya suami saya suruh kemas barang dan terus balik ke rumah kami," katanya.

Pasangan itu pada asalnya merancang untuk tinggal lebih lama di rumah keluarga di Bangi, Selangor memandangkan kediaman mereka di Kuala Lumpur tidak jauh.

"Tapi disebabkan perkataan mak dia tu, sedih betul suami saya. Malam tu juga balik dan saya nampak mengalir air mata dia sambil memandu," katanya.

  • Ibu sedih anak autisme diperli ketika beraya.
  • Ejekan didakwa datang daripada ibu mentua.
  • Suami terguris hingga pulang awal.
  • Keluarga sudah tahu keadaan anak.
  • Netizen tampil beri sokongan.

Menurutnya, mereka tidak berkecil hati jika ejekan itu dibuat individu yang tidak memahami.

Namun mereka sangat kecewa apabila hinaan itu datang daripada ahli keluarga yang mengetahui perkembangan anak mereka secara dekat.

"Dia selalu banding cucu lain dengan anak saya. Siap perli cucu seorang lagi dah pandai cakap dan tak jadi macam anak saya.

"Dia cakap depan orang yang kami jumpa setahun sekali. Saya pun tak tahu kenapa mentua  petik nama anak saya sedangkan dia tak kacau orang," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam sikap ibu mentua wanita berkenaan.

"Allahuakhbar sampai hati betul mak mentua awak cakap macam tu, patutnya dia tunjukkan contoh yang baik.

"Pernah juga terjadi kat saya, seakan-akan mereka ni malu ada famili yang ada autism macam ni," komen netizen.

Artikel Lain