SIAPA sangka memori dan kenangan manis yang dicipta bersama pasangan boleh menjadi punca pergaduhan antara suami isteri.Sikap suka mengungkit tanpa disedari mampu menjadi duri yang menusuk hati pasangan, sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini. Dalam hantaran di laman sosial, wanita tersebut mendedahkan semuanya bermula apabila suami kerap mengungkit mengenai perbelanjaan umrah yang dikeluarkan sehingga membuatkan dia terasa hati."Awal tahun ini kami pergi umrah, suami nak belanja. Ambil pakej premium, semuanya RM27,000. Ia satu pengalaman mendamaikan. Kami benar-benar menikmati perjalanan ibadah ini.Perselisihan faham sewajarnya diselesaikan dengan komunikasi antara pasangan. -Gambar hiasan"Sebulan selepas umrah semuanya berjalan lancar tetapi selepas itu dia asyik sebut tentang dia sponsor umrah."Dan pada suatu hari 'boom!' kami bergaduh besar, sampai jerit dan maki-maki... Dia cakap, saya patut bersyukur dia bayar trip umrah saya."Patutnya saya sebagai isteri cium tapak kaki dia, semakin hormat dekat dia tetapi tidak, saya masih dengan cara lama saya," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedia RM4,000 duit raya untuk keluarga, tapi nama isteri ‘tercicir’ daripada senarai... Bagi alasan mak ayah dapat lebihARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih duit STR bakal ‘dirampas’, suami gaji RM4,000 minta bahagi dua! - “Saya mohon untuk suri rumah”Tambahnya, dia dan suaminya sudah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan masing-masing bekerjaya dengan pendapatan bulanan mencecah lima angka. Menurutnya, isu yang timbul bukanlah berkaitan kemampuan kewangan, sebaliknya lebih kepada sikap dan persefahaman dalam hubungan.Dia turut mengakui suaminya kurang senang dengan beberapa tindakannya yang dianggap membelakangi pasangan, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati antara mereka.Tidak tahan mendengar ungkitan demi ungkitan, wanita berkenaan nekad membayar kembali wang suaminya kerana merasakan lelaki itu tidak ikhlas.Seorang wanita kecewa apabila suaminya kerap mengungkit kos umrah mereka.Mereka ambil pakej premium berjumlah RM27,000, namun selepas pulang suaminya asyik mengungkit.Salah faham cetuskan pergaduhan besar dan saling lempar kata-kata kesat.Wanita itu nekad memulangkan RM13,000 kepada suaminya kerana merasakan keikhlasan telah hilang.Ada netizen yang menyokong tindakannya dan ada yang menasihati supaya komunikasi dalam rumah tangga diperbaiki.Ringkasan ini dijana oleh AI "Kalau dah banyak kali kau nak mention fasal kau bayar pergi umrah... Ya habibi kau ambillah balik duit kau."Ikhlasi tu bagi aku dah hilang. Aku buka Maybank2u aku terus transfer balik RM13,000 on the spot."Banyak aku doakan suami aku semoga rezeki dia murah sentiasa, setiap masa.Sebahagian daripada komen netizen."Tapi kalau duit RM13,000 pun nak berkira, terima kasih banyak, aku memang tak hadap," tulisnya lagi.Perkongsiannya mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Ada yang bersetuju dengan tindakannya dan berpendapat keikhlasan dalam memberi tidak seharusnya disertai dengan ungkitan, apatah lagi melibatkan ibadah.Tidak kurang juga ada beranggapan kedua-dua pihak perlu memperbaiki komunikasi dalam rumah tangga agar perkara kecil tidak berlarutan menjadi konflik besar.