KETIKA ini semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sedang dalam proses pertimbangan langkah seterusnya dalam kehidupan mereka sama ada mahu melanjutkan pengajian atau terus mencari pekerjaan.Nasihat dan pandangan daripada ahli keluarga termasuk ibu bapa menjadi panduan paling berguna dalam menentukan hala tuju masa depan. Bagi gadis ini, dia berada dalam dilema untuk membuat keputusan selepas menerima pandangan dan cadangan kurang menyenangkan daripada ahli keluarga.Menurutnya, dia mula keliru dan berasa ragu-ragu dengan hala tuju hidupnya selepas menerima panggilan telefon daripada neneknya yang bertanya mengenai keputusan SPM. Seramai 13,779 calon SPM 2025 mendapat semua A. -Gambar hiasan"Dia ucap tahniah, nenek kata 'cantik' juga keputusan aku. Ingatkan dia nak suruh sambung belajar tapi dia suruh kerja."Dia kata kesian sikit kat mak bapak kau nak kena cari duit. Kau kena ingat ada empat orang lagi adik bersekolah," katanya.Gadis itu menjelaskan keluarganya bukanlah dalam golongan tidak mampu malah ibu bapanya telah membuat simpanan khusus bagi membiayai pengajian di universiti.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar pandai pelik budak kelas belakang terlebih kreatif rai tamat SPM, padahal paling banyak buat masalah di sekolahARTIKEL BERKAITAN: Kohort pertama tanpa UPSR, PT3 cemerlang! 13,779 calon SPM 2025 dapat semua A"Aku pun tak faham dengan nenek aku. Hari tu waktu cucu kesayangan dia dapat tawaran masuk universiti, dia sanggup tebal muka meminjam."Pinjam dengan keluarga lain termasuklah pinjam dengan mak ayah aku demi nak hantar cucu kesayangan dia pergi belajar," katanya.Namun, berbeza dengan seorang lagi sepupunya yang memperoleh keputusan cemerlang tetapi neneknya menasihatinya agar tidak menyambung pengajian."Banyak tawaran dia dapat termasuklah biasiswa tapi nenek tak bagi, katanya biasiswa itu hanya tampung bajet pengajian, tak masuk makan minum.Lepasan SPM keliru selepas dinasihatkan bekerja walaupun keputusan baik.Nasihat nenek supaya tidak sambung belajar cetus perdebatan.Pelajar buntu tentukan hala tuju selepas SPM.Perkongsian layanan berbeza dalam keluarga tarik perhatian netizen.Netizen galak pelajar buat keputusan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kena pula keluarga sepupu aku ni tidak berkemampuan, memang nenek aku 'basuh' la," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen memintanya mengabaikan permintaan neneknya itu yang dilihat pilih kasih."Biarkan je dia, nenek punya pemikiran tu kolot. Pemikiran orang dulu memang macam itu, asyik fikir duit je, ilmu tak nak."Nenek awak toksik sama macam atok nenek aku, nasib baik mak ayah aku tak dengar cakap mereka. Hantar kami adik-beradik sambung belajar," antara komen warga maya.