SUDAH menjadi tradisi, pelbagai jenis biskut raya akan disediakan sama ada dibuat sendiri atau sekadar dibeli untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.Namun ada ibu bapa yang menghalang biskut raya tersebut dimakan oleh anak-anak kerana ia dibeli khusus buat tetamu. Seperti kisah dikongsikan wanita ini, salah seorang rakan sepejabatnya sanggup menyembunyikan biskut raya kerana bimbang dihabiskan anak sendiri."Masa dekat pejabat dulu, ada seorang akak ni cakap yang dia sorok biskut raya sebab takut anak dia makan sebab dibeli untuk tetamu," luahnya di Threads.Biskut raya menjadi antara hidangan utama pada hari raya. -Gambar hiasanTerpanggil untuk menegur, pengadu menggunakan pendekatan bercerita dengan mengimbas semula sebuah drama lakonan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) tentang pasangan yang terlalu dambakan zuriat.Namun, apabila sudah dikurniakan anak, ibu bapa tersebut pula terlalu mengongkong kerana mahu keadaan rumah sentiasa rapi seperti 'showroom' sehingga anak tidak dibenarkan mewarna atau menyepahkan rumah.Dia menegaskan, ibu bapa seharusnya sedar bahawa anak-anak adalah anugerah yang pernah didoakan dengan penuh harapan sebelum ini.Pada masa sama, dia turut menyarankan agar ibu bapa membeli lebih biskut raya atau mengasingkan bekas khas untuk dimakan anak-anak.Wanita kongsi rakan pejabat sorok biskut raya takut anak makan.Tegur ibu bapa jangan terlalu berkira dengan anak sendiri.Sarankan asingkan bekas khas atau beli lebihan untuk anak.Ingatkan anak ialah anugerah, bukan beban jaga imej.Netizen setuju kegembiraan anak lebih penting daripada tetamu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bagi akulah, kalau biskut yang anak suka tu, khususkanlah sebalang untuk dia dengan beli ekstra, bukannya dia nak makan sampai selori."Aluihkan 10 biji sejenis masuk bekas lain yang lebih kecil dan cakap itu khas untuk dia sebab yang lain untuk jamu orang datang beraya," jelasnya lagi.Tambah wanita ini, ibu bapa tidak perlu terlalu mengejar kemewahan atau 'standard' tertentu sehingga menyiksa perasaan anak-anak di hari raya.Malah katanya, jika biskut raya habis dimakan, tetamu boleh dijamu dengan juadah lain seperti mi atau bihun goreng.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah - “Biskut macam ni bagi itik jelah!”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita insaf boros beli kuih raya lebih RM1,000! Sudahnya jamu perut sendiri sampai berat badan naik 3kg - “Tetamu tak makan sangat pun”"Kesianlah pada budak-budak, mereka bukan tahu apa melainkan nak seronok," ujarnya.Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan kegembiraan anak-anak sepatutnya menjadi keutamaan berbanding hanya mahu menjaga 'imej' di mata tetamu."Bab makan tak payahlah berkira dengan anak-anak, memang duit gaji asing khusus untuk makan anak-anak."Apabila anak makan biskut yang kita beli atau buatkan, memang rasa seronok sebab kita pun tumpang rezeki mereka," demikian reaksi netizen.