suria

Niat tolong adik beristeri dua makan diri, 4 tahun bagi sewa rumah tapi tak pernah bayar... Siap ugut nak cederakan kakak sendiri!

Adik-beradik tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kebaikan saudara sendiri. -Gambar hiasan AI

LUMRAH dalam kehidupan adik-beradik, pasti akan ada salah seorang yang suka mendatangkan masalah dan menyusahkan darah daging sendiri.

Itu situasi dialami seorang wanita yang buntu selepas adik lelakinya enggan berpindah keluar dari rumah miliknya selepas enggan membayar sewa.

Wanita berkenaan mendakwa adiknya itu mula tinggal di rumah berkenaan sejak empat tahun lalu bersama isteri keduanya.

Dia bersetuju menyewakan rumah tersebut kepada lelaki itu selepas merasakan lebih wajar menyewakan kediaman itu kepada keluarga sendiri. 

Ada segelintir adik-beradik sanggup mengambil kesempatan terhadap darah daging sendiri. -Gambar hiasan AI

Ada segelintir adik-beradik sanggup mengambil kesempatan terhadap darah daging sendiri. -Gambar hiasan AI

"Adik dan isteri keduanya duduk rumah saya selama empat tahun dan tak pernah bayar sewa. Hanya bayar penyelengaraan RM300. 

"Kenapa empat tahun? Sebab saya berhijrah ke luar negara. Tiada perjanjian dibuat, bulan kedua sewa dia maklum ada masalah kewangan dan tangguh bayar sampai sekarang," katanya.

Bagaimanapun keadaan mula berubah sejak beberapa bulan lalu apabila berlaku perselisihan faham antara mereka dan memintanya berpindah keluar dari rumah tersebut.

"Dia dah tak duduk rumah saya tapi isteri kedua masih ada. Selepas dua bulan, saya letak notis suruh keluar beserta tuntutan sewa selama empat tahun dan membaiki kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 anak masuk sekolah, penyewa cuma mampu bayar RM300... ‘Owner‘ terus halal sewa rumah RM1,550 - “Kita mudahkan urusannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘muka tembok’, rancang halau isteri walau belum sah bercerai - “Mungkin dia lupa, rumah ni aku yang sewa”

"Saya diugut melalui pesanan suara ancaman kerosakan harta benda dan kecederaan. Dia kata akan keluar selepas raya," katanya.

Menurutnya lagi, sehingga kini selepas dua minggu menyambut Aidilfitiri pasangan berkenaan masih belum mengosongkan rumah tersebut walaupun berjanji untuk berpindah selepas hari raya.

Wanita itu juga memaklumkan dia kini turut tinggal di rumah tersebut dengan isteri kedua adiknya selepas pulang dari luar negara.

"Nak potong elektrik dan air halau dia tapi macam mana pula saya nak tinggal? Saya tak nak berlaku kekecohan.

  • Wanita buntu apabila adik enggan keluar rumah selepas empat tahun tidak membayar sewa.
  • Notis keluar sudah diberi, namun pasangan itu masih tinggal di kediaman berkenaan.
  • Mangsa mendakwa menerima ugutan selepas menuntut bayaran tertunggak.
  • Dia kini terpaksa tinggal serumah dengan isteri kedua adiknya.
  • Netizen tampil memberi nasihat dan sokongan atas situasi dialami wanita itu.

 

"Bini dia ada masalah mental. Sebenarnya saya tunggu dia mengamuk jadi boleh hubungi polis terus angkut dia," katanya.

Sementara itu, netizen memberi cadangan agar wanita itu menyewa rumah lain buat sementara dan memotong bekalan elektrik dan air agar pasangan itu berpindah.

"Leceh bagi adik-beradik duduk tumpang rumah, niat kita nak permudah urusan mereka tapi jadi perkara menyusahkan.

"Saya cadangkan awak pindah ke rumah sewa lain angkut semua barang dan potong api air supaya mereka keluar," nasihat netizen.

Artikel Lain