suria

Kohort pertama tanpa UPSR, PT3 cemerlang! 13,779 calon SPM 2025 dapat semua A

Jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang semua mata pelajaran menunjukkan sedikit penurunan.

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menyaksikan seramai 13,779 calon atau 3.55 peratus meraih keputusan cemerlang apabila memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, berkata daripada jumlah itu, seramai 376 calon berjaya memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding hanya 24 calon pada tahun sebelumnya.

Menurut Azam,, bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.03 peratus kepada 92,347 calon berbanding 86,040 pada tahun sebelumnya.

Selain itu, jumlah calon yang memperoleh keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran tahun ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding 13,827 calon pada 2024.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang akhbar berikutan keputusan peperiksaan SPM 2025 yang dikeluarkan pada Selasa.

Untuk rekod, calon SPM 2025 merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Artikel Lain