SEORANG lelaki dengan secara terbuka menawarkan jualan kuota BUDI95 miliknya yang masih berbaki 180 liter di media sosial.Menurut individu tersebut, dia menjual petrol RON95 bersubsidi RM1.99 seliter itu dengan harga RM2.70 bagi satu liter. "Siapa nak aku punya? Nak jual mur mur (murah) je RM2.70/liter. Serious buyer only," katanya.Berdasarkan kemaskini pada Isnin, lelaki itu mengakui jualan itu sudah tertutup berikutan kuota berkenaan sudah habis terjual."Maaf dah terjual, kalau nak bulan depan ada," katanya memberi respons kepada netizen.Individu itu memaklumkan dia berhak untuk menjual kerana kuota tersebut adalah miliknya selepas netizen yang mendakwanya sebagai pengkhianat negara."Tenang la, bukan aku jual dekat Yahudi," katanya.Untuk rekod, harga RON95 semasa (26 Mac - 1 April 2026) tanpa subsifi ialah RM3.87 seliter.Perkongsian lelaki itu mendapat kecaman ramai dengan netizen mendakwa perbuatan itu mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang lain."Orang macam ni la jadi penyebab subsidi kena tarik nanti. Menyusahkan orang."Ni la antara orang tak layak diberi bantuan. Tolong senarai hitam individu ni daripada terima apa-apa pun bantuan," komen netizen.Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memberi amaran keras akan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi penyalahgunaan subsidi bahan api tersebut.Malah MOF akan turut melucutkan kelayakan pemilik kenderaan terbabit daripada terus menikmati manfaat Program BUDI95."Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api," katanya.Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan aktiviti mencurigakan berkaitan penyaluran subsidi melalui Pusat Khidmat BUDI MADANI di talian 1300-88-9595 atau +603-2631 4595, selain emel kepada [email protected]