Arwah Amirul Hafiz bersama motosikal yang dihadiahkan isterinya pada 25 November 2022. -Gambar Facebook Nor Nadia
MOTOSIKAL yang ditunggang arwah Amirul Hafiz Omar, mangsa kemalangan maut dirempuh pemandu mabuk pada Ahad rupa-rupanya adalah hadiah pemberian isterinya pada tiga tahun lalu.Menerusi perkongsian isterinya yang dikenali sebagai Nor Nadia, motosikal jenis Yamaha Y15 itu dihadiahkan kepada arwah pada 25 November 2022. Berdasarkan hantaran yang dikongsi semula pada November lepas, Nor Nadia memaklumkan suaminya menunjukkan minat mendalam terhadap motosikal tersebut. "Isteri ni dah lama perasan, setiap malam sebelum tidur mesti scroll gambar motosikal. lepas tu save. Nampak sangat dia teringin."Tak mengapa, hari ni (25 November 2022), isteri awak tunaikan impian awak selama ini," tulis Nor Nadia.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Melambung jatuh atas kereta, penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabukNor Nadia menyatakan hadiah itu adalah tanda pengorbanan dan tanggungjawab suaminya selama ini terhadap mereka sekeluarga."Anggap la hadiah ini kerana menjaga keluarga kita dengan baik, jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh."Sabar melayan kerenah isteri ni. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat keluarga kita," katanya.Dalam kejadian pada 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk di Jalan Raya Barat di Klang, Selangor.Berdasarkan rakaman yang tular, kereta jenis Honda City dipandu laju memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung tinggi dan terjatuh di atas bumbung sebuah kereta Perodua Myvi.Sementara itu, suspek lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian tersebut direman selama empat hari.Perintah tahanan reman sehingga Khamis terhadap suspek berumur 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Klang pada Isnin.