EMPAT individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai menyalakan bunga api dari sunroof kereta yang sedang bergerak dalam kejadian di sekitar Shah Alam, Selangor.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun ditahan pada Sabtu di sekitar Shah Alam dan Sungai Buloh. Menurutnya, pihak polis turut merampas sebuah kereta, telefon bimbit serta bunga api yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.“Kesemua suspek direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menyalakan bunga api dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak di kawasan Bukit Jelutong.Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Elmina Rainforest di sepanjang Persiaran Ficus, Seksyen U15.