Kanak-kanak wajib dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan, eksploitasi, dan pengabaian fizikal, emosi, serta seksual. -Gambar hiasan
PERSOALAN tentang kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh seorang kanak-kanak perempuan akhirnya terjawab selepas bedah siasat dilakukannya ke atas mayatnya.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian mangsa berusia lapan tahun sembilan bulan itu daripada pegawai perubatan Hospital Taiping. Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Malek berkata mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ditempatkan di Zon Merah pada pukul 12.43 tengah hari.Menurutnya, doktor yang bertugas pada peringkat awalnya memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit.Namun mangsa tidak menunjukkan pemulihan peredaran spontan (ROSC) sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.12 tengah hari.Malek berkata keputusan bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakan objek tumpul.Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.Empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 53 tahun yang juga ahli keluarga mangsa ditahan bagi membantu siasatan.Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 27 Mac (Jumaat) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.