SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dalam kebakaran membabitkan sebuah lori berhampiran Iskandar Halal Park di Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor.Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.46 pagi, Jumaat. “Jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai dan tiba pada pukul 10.58 pagi,” katanya.Sebaik tiba di lokasi, Iszahwati berkata pihak bomba mendapati sebuah lori tanpa muatan sedang marak terbakar.ARTIKEL BERKAITAN: Budak 5 tahun maut dilanggar MPV ketika melintas… Warga emas cuba brek tapi tak sempat elak“Kebakaran merebak kira-kira 60 peratus pada bahagian hadapan lori," ujarnya.Menurut Iszahwati, orang awam turut cuba untuk memadamkan kebakaran sebelum ketibaan bomba.Pemandu lori yang juga bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri. Namun, kanak-kanak lelaki yang turut berada dalam kenderaan itu tidak sempat diselamatkan.“Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan rentung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata Iszahwati.Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -The Star