suria

Tiada sandaran saintifik tapi menjadi! Wanita dakwa sudah 3 tahun tak batuk, hanya tukar tabiat minum air

Air yang dijerang sendiri didakwa lebih baik untuk kesihatan penguna. -Gambar hiasan AI

BATUK adalah antara masalah kesihatan paling biasa dialami hampir semua orang tanpa mengira usia.

Walaupun dianggap perkara kecil, ia boleh menjadi sangat mengganggu terutama ketika perlu fokus bekerja dan berinteraksi dengan orang lain.

Banyak petua dikongsi bagi melegakan masalah batuk namun ada di antaranya bersifat sementara.

Menariknya, seorang wanita berkongsi rahsia diamalkan oleh dirinya dan keluarga sehingga mereka jarang mengalami masalah batuk.

Dakwanya, dia sudah tiga tahun tidak mengalami batuk selepas mengamalkan minum air yang dimasak terlebih dahulu.

"Aku sudah nak masuk tiga tahun tak batuk. Seluruh isi keluarga pun sama, kalau dulu memang kerap.

"Aku rasa minum air yang dimasak memang berkesan. Sudah tiga tahun tiada penapis air," kongsinya menerusi Threads.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang sandaran saintifik tentang dakwaan itu namun sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri.

Bagaimanapun hantaran wanita itu turut menerima respon daripada beberapa individu lain yang berkongsi perkara sama.

"Saya pun perasan, sejak masak air sendiri Alhamdulillah anak dah tak batuk sangat.

"Sejak tak minum air dari penapis, badan rasa sihat dan segar.

"Saya pula masak air dari paip yang ditapis tapi betul, saya jarang batuk," antara testimoni netizen.

Artikel Lain