MORNING wood atau ereksi waktu pagi merupakan satu perkara biasa yang dialami oleh lelaki.Bagaimanapun menurut doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang, ketiadaan ereksi waktu pagi boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan seseorang. “Ramai lelaki anggap morning wood sekadar perkara biasa. Tapi hakikatnya, morning wood yang konsisten selalunya berkait dengan aliran darah yang baik, hormon lebih stabil, kualiti tidur dan kesihatan badan secara keseluruhan. “Kalau makin jarang berlaku, kadang ia boleh jadi petanda badan penat, stres, gaya hidup kurang sihat, atau hormon lelaki makin menurun,” ujarnya.Dalam perkongsian di Threads, Dr Samhan berkongsi beberapa amalan pemakanan mudah bagi memastikan ereksi waktu pagi yang konsisten.Masalah ereksi boleh mengganggu hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI1. TelurTelur kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin D dan kolesterol baik yang penting untuk penghasilan hormon lelaki.2. Ikan berlemak seperti salmon, sardin dan tunaIkan berlemak mengandungi omega 3 yang membantu aliran darah, jantung dan hormon lebih seimbang.3. Kacang dan badamKacang dan badam merupakan sumber zink dan magnesium yang penting untuk fungsi hormon serta tenaga harian.4. Sayur hijau seperti bayam dan brokoliSayur hijau menyokong kesihatan salur darah dan membantu mengurangkan stres oksidatif.5. Buah delima dan tembikaiBuah ini boleh membantu menyokong peredaran darah yang lebih sihat.