MEMBAHAGIAKAN ibu bapa menjadi impian semua anak apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai pendapatan sendiri.Namun di sebalik itu, tidak semua ibu bapa tahu menghargai usaha ditunjukkan anak-anak malah ada pula cuba mengambil kesempatan sehingga meletakkan mereka dalam situasi serba salah. Itu juga perkara dilalui seorang wanita ini selepas ibunya meminta dia memberikan lebih banyak wang setiap bulan walaupun turut menanggung perkara lain untuk keluarga.Sikap anak yang gemar membelanja ibu bapa merupakan amalan mulia. -Gambar hiasan AIJelasnya, selain wang tunai dia juga turut membayar bil utiliti, barangan dapur selain kerap membawa ibunya keluar makan dan membeli hadiah seperti beg tangan.Bagaimanapun, satu kejadian ketika pulang ke rumah ibu bapanya baru-baru ini membuatkan dia mula mempersoalkan sama ada segala pemberiannya sebelum ini belum mencukupi."Aku teringin nak makan ikan patin gulai tempoyak, mak aku order dekat kawan dia untuk tolong masakkan."Apabila dapat tahu harga seekor ikan patin itu RM160, dalam hati aku rasa mahal juga sebab kalau beli dekat restoran, sebahagian pun boleh dapat sekitar RM20.Seorang wanita terkilan apabila ibunya meminta wang bulanan lebih banyak walaupun selama ini dia rajin membelanja keluarga.Wanita itu sanggup membayar RM160 untuk ikan patin gulai tempoyak yang dipesan ibunya.Ibunya kemudian berkata, “transfer duit banyak kat mak ayah, nanti hidup berkat.” Wanita itu sedih kerana merasakan segala pemberian seperti makanan, barangan dapur dan hadiah selama ini seolah-olah tidak dihargai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi aku bayar juga RM160 itu, tidak apalah sekali-sekala sampailah mak aku cakap, lain kali duit tu transfer banyak sikit tiap-tiap bulan."Bukan apa, transfer duit banyak kat mak ayah, nanti hidup berkat, " kongsinya.Tersentak dengan jawapan ibunya, wanita itu memberitahu hatinya remuk kerana merasakan segala pemberiannya selama ini seperti tidak dihargai.Jelasnya, dia kecewa kerana ibu bapanya bersikap seolah-olah tidak mempunyai wang sendiri meskipun bergelar pesara kerajaan dengan pencen.ARTIKEL BERKAITAN: Masa beli tak cerita, tiba-tiba suruh bayar... Pemuda stres ibu bapa pandai hutang ‘pay later’ sampai RM900, kakak pun lepas tangan!ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat hati nak jadi suri rumah tapi perlu sara mak ayah, wanita buntu fikir cara terus beri RM1,000 sebulan"Duit yang aku keluarkan untuk makan bersama, barang-barang yang aku belikan, hadiah yang aku bagi, semua itu tak membawa keberkatan untuk aku ke?"Kenapa bila cakap fasal hidup berkat, yang nampak macam ditekankan cuma duit yang kita transfer setiap bulan?" katanya.Baginya, dia sentiasa berusaha memberikan apa yang termampu namun kata-kata ibunya membuatkan dia berasa seolah-olah pengorbanannya masih belum mencukupi.