suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib akan habiskan baki hukuman penjara di Langgak Duta, tidak dibenar dedah mekanisme SOP tahanan rumah

Najib akan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

DATUK Seri Najib Razak akan menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International bersama keluarga di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya sudah menerima surat rasmi perintah tahanan rumah daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta lampiran berkaitan tahanan rumah mengandungi syarat dan mekanisme pelaksanaannya.

"Datuk Seri Najib tidak dibenar mendedahkan mekanisme SOP tahanan rumah namun lokasinya ialah di kediaman Langgak Duta dan beliau boleh tinggal bersama keluarganya," kata peguam tersebut dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Najib dapat tahanan rumah, Agong perkenan pengampunan bersyarat

Ujarnya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu yang menolak permohonan penangguhan hukuman bagi kes 1MDB tidak menghalang bekas Perdana Menteri itu daripada menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Tambah Muhammad Shafee, sebaik sahaja denda RM50 juta dijelaskan kelak, Najib tetap berhak menjalani hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028. 

Pada 18 September lalu, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-64 yang dipengerusikan Sultan Ibrahim.

Najib ketika ini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas sabitan dalam kes SRC International dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Artikel Lain