Ramai pasangan ketika ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan yang ringkas dan 'intimate'. -Gambar hiasan AI
DALAM era serba moden yang sering menyaksikan majlis perkahwinan diraikan secara besar-besaran dan penuh kemewahan, masih ada segelintir individu memilih pendekatan sederhana dan tidak berlebihan.Perkongsian seorang individu berstatus T20 di laman sosial mengenai perkahwinan anaknya mencuri perhatian apabila memilih untuk mengadakan majlis acara ringkas. Menurut individu berkenaan, anak dan menantunya merupakan lepasan universiti, namun kedua-dua belah keluarga sepakat mengambil pendekatan santai dalam menguruskan hari bahagia."Menantu dan anak aku graduate. Majlis pertunangan hanya buat lunch di sebuah restoran. Keluarga besan dan keluarga aku bincang sambil makan tengah hari, set tarikh nikah dan terus sarung cincin tunang," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara boikot kenduri kahwin, kecil hati jemputan guna WhatsApp! Persoal tuan rumah tak datang bersemukaARTIKEL BERKAITAN: Nikah di masjid, jamu tetamu dekat restoran Arab... Hasrat nak berjimat dipandang serong, wanita dituduh hamil sebelum kahwin!Tambahnya, konsep sederhana itu diteruskan sehingga ke hari pernikahan apabila mereka sepakat untuk tidak mengadakan majlis besar-besar beserta hantaran seperti kebiasaan."Apabila nikah, anak aku tiada hantaran, cuma mas kahwin, cincin dan gelang," katanya lagi.Ukuran kebahagiaan terletak kepada keberkatan, bukan kecil atau besarnya sesuatu majlis. -Gambar hiasan AIUjarnya, majlis resepsi pula diadakan secara intim dengan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan pengantin."Kami buat majlis sederhana melibatkan adik-beradik kedua-dua belah pihak dan kawan-kawan anak. Dalam 300 tetamu, semuanya menelan kos sekitar RM10,000 sahaja. Majlis dibuat bersama," katanya lagi.Menurut individu tersebut, keputusan untuk tidak mengadakan majlis secara besar-besaran bukan disebabkan kekangan kewangan, sebaliknya lebih kepada keutamaan dalam kehidupan.Seorang individu T20 kongsikan majlis perkahwinan anaknya yang ringkas dan santai.Majlis pertunangan hanya makan tengah hari, bincang tarikh nikah, dan sarung cincin tunang.Mereka tidak beri hantaran besar, cuma mas kahwin, cincin dan gelang.Resepsi intim untuk keluarga terdekat dan kawan dengan kos RM10,000.Dia berpendapat pilihan sederhana bukan kerana tak mampu, tapi lebih praktikal dan fokus pada keutamaan hidup.Ringkasan ini dijana oleh AI"Walaupun besan aku seorang Datuk Prof dan aku DG13 (peringkat kanan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), kami memilih untuk praktikal. Hidup ini ada pilihan."Bukan sebab tak mampu, tetapi tiada keperluan untuk buat majlis grand," jelasnya.Perkongsian tersebut meraih pujian dan rasa kagum warga maya, dengan rata-ratanya menyifatkan pilihan keluarga itu sebagai teladan yang menunjukkan bahawa kemeriahan sesebuah majlis perkahwinan tidak semestinya diukur dengan kos atau kemewahan, tetapi keberkatan."Majlis yang penuh sederhana. Yang penting majlis tu berkat."Betul, tak payah nak fikir apa orang kata... hidup ni keras."Tolonglah normalisasikan macam ni. Harap masa anak saya kahwin, dapat buat majlis macam ni," komen netizen.