MAJLIS perkahwinan Melayu sering dikaitkan dengan adat yang meriah, jemputan ramai serta perbelanjaan besar sehinggaada kalanya mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, seorang wanita tampil berkongsi pengalamannya memilih jalan berbeza apabila mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan dengan bajet sekitar RM3,000, sekali gus 'menentang' kebiasaan tradisi masyarakat. Dalam hantaran di Threads, wanita berkenaan berkongsi beberapa tip bagaimana dia dan pasangan berjaya menguruskan majlis perkahwinan dengan peruntukan terhad, termasuk pemilihan lokasi dan jamuan yang lebih praktikal bagi mengelakkan pembaziran.Pasangan yang baru berkahwin memerlukan peruntukan yang besar untuk membeli barang keperluan rumah. -Gambar hiasan AI"Kami nikah dekat masjid je. Masjid sekarang dah ada yang proper hall beserta pelamin cantik dan juga juga katering. Kena rajin masjid hunting. Boleh pergi masjid-masjid besar lagi senang."Kemudian kami buat jamuan makan kat kedai Arab yang proper dan sedap. Ada aircond. Dah siap buat tempahan untuk bilangan tetamu," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Mempelai sepakat buat satu majlis, 100 peratus bajet sendiri... Lepas kenduri mak ayah pengantin perempuan tuntut semua duit salam kautARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin... Menangis ayah minta RM10,000, berangan nak buat majlis gahDi sebalik keputusan tersebut, wanita tersebut mendedahkan wujudnya tanggapan negatif segelintir pihak yang mengaitkan perkahwinan ringkasnya dengan andaian tidak berasas."Makcik-makcik 'bawang' mengata kononnya sebab 'dah mengandung', itu yang kahwin senyap-senyap. Tapi tekaan mereka silap, tiga tahun kahwin belum ada anak lagi," ujarnya.Menyedari perkongsiannya mungkin kurang dipersetujui segelintir individu, wanita itu bagaimanapun menegaskan keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira realiti kehidupan berumah tangga.Seorang wanita berkongsi pengalaman mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan dengan bajet sekitar RM3,000.Dia memilih bernikah di masjid dan jamuan ringkas bagi mengelakkan pembaziran.Keputusannya menentang kebiasaan majlis Melayu yang biasanya menelan kos tinggi.Dia berdepan tanggapan negatif, termasuk fitnah kononnya berkahwin kerana mengandung.Perkongsian itu mendapat pujian netizen yang menyokong perkahwinan mengikut kemampuan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jangan marah tau. Memang ni rebel sebab dah kira-kira hidup lepas kahwin akan susah. Nak beli barang rumah dari kosong," ujarnya lagi.Di ruangan komen, perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, dengan sebahagian mereka memuji keberaniannya membuat pilihan berlandaskan kemampuan sendiri serta menyifatkan langkah tersebut sebagai realistik dan berhemah.Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, selain berpendapat majlis perkahwinan seharusnya diraikan mengikut kemampuan tanpa perlu dibebani perbelanjaan besar demi memenuhi kehendak tradisi.Sebahagian daripada komen netizen."Nak kena jadi rebel baru mudah urusan kita."Kalau boleh nak buat macam ni je, malas aku jemput kawan-kawan group sekolah… bukannya function."Tolong bagi tip macam mana nak pujuk parents untuk buat intimate wedding," demikian komen netizen.