SEORANG tukang urut wanita mendakwa kucing berpotensi menjadi punca golongan isteri sukar untuk hamil.Perkara itu dikongsi oleh pelanggan tukang urut berkenaan menerusi aplikasi Thread. "Pergi urut, lepas tu makcik tukang urut tu cakap kucing ni kesannya pada pasangan suami isteri, susah nak mengandung. Kucing ni ada sumpahan.Kehadiran si bulus menambah keceriaan dalam rumah. -Gambar hiasan AI"Dia pesan supaya saya tak ambil hati. Saya berkata dalam hati... tak payah la cakap kalau tahu benda ni boleh menggores hati saya sebagai pencinta kucing."Walaupun saya belum kahwin, tapi saya rasa defensive. Lepas tu orang trying to conceive (TTC) yang tak bela kucing tu, macam mana pula?" tulisnya.Tambah wanita itu, dia turut berdoa agar dikurniakan seorang suami yang memiliki sifat belas ihsan terhadap haiwan seperti dirinya.Tukang urut dakwa kucing boleh menjadi punca wanita sukar hamil.Dia memberi nasihat itu kepada seorang wanita yang berurut dengannya.Wanita itu luah rasa tidak setuju dengan nasihat berkenaan.Netizen berpendapat kucing tidak patut disalahkan dalam hal itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Rezeki lebih ni semua pun Allah bagi, mungkin asbab antara doa kucing juga. Kalau saya kahwin pun, saya berdoa dapat suami yang sayangkan haiwan."Dah beranak pun ada yang suruh buang kucing sebab ada bayi. Mat salih elok je, anak siap sebaya dengan kucing," luahnya lagi.Rata-rata pelayar Thread turut bersetuju dengan wanita itu dan berharap pasangan TTC di luar sana tidak terpengaruh dengan nasihat berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kakak ipar sedang TTC kerap ‘pinjam’ anak, nak tegur risau kecil hati - “Saya takut berlaku benda buruk”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil"Mengarut. Kami duduk serumah dengan 12 ekor kucing. Alhamdulillah, tak sampai setahun kahwin, isteri hamil."Nikah bulan April, Jun dah mengandung. Alhamdulillah kucing saya bukan penyebab. Makcik jangan nak khurafat sangat ya."Saya sebelum ni TTC elok je bela kucing. Sekarang tengah mengandung," tulis beberapa individu bagi menyangkal dakwaan tukang urut berkenaan.