PUTRAJAYA memang tidak asing lagi dengan penganjuran pelbagai acara besar sama ada berbentuk hiburan mahupun sukan seperti maraton.Dengan keadaan fizikal jalan yang mendatar khususnya di sepanjang Persiaran Perdana di mana terdapat kompleks kerajaan, ia menjadi lokasi pilihan bagi peminat sukan larian sama ada pemula mahupun pelari profesional untuk berlatih. Namun di sebalik kerancakan aktiviti itu, seorang pemuda membuat teguran terbuka kepada pelari agar peka dengan peraturan jalan raya.Aktiviti larian menjadi pilihan orang ramai yang mahukan gaya hidup sihat. -Gambar hiasan AI"Kalau lari dekat Putrajaya ni, runners tolong respect lampu isyarat dan simpang. Sanggup ya kejar pace sampai bergadai nyawa dan tak nak berhenti berlari?"Lepas tu pemandu kereta pula yang kena berhenti untuk awak. Ini bukan trek larian," tulisnya ringkas.Menjengah ke ruangan komen, ramai individu mengakui mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika memandu di Putrajaya.Pemuda dakwa kumpulan pelari di Putrajaya gemar langgar peraturan jalan raya.Dia terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada geng pelari.Netizen turut mempersoalkan sikap segelintir pelari yang dianggap tidak sayang nyawa.Dakwa netizen, kumpulan pelari juga pernah memenuhi ruang jalan sehingga mengganggu kenderaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah jerit (kepada pelari). Kalau pace laju, aku sanggup tunggu kejap kot. Ni pace santai-santai, buat tenang."Lagi-lagi di Presint 2. Berlari macam tak ada kawasan pejalan kaki. Nak juga lari atas jalan raya. Ingat nyawa ada sembilan ke?"Dah ada trek joging dekat pejalan kaki tu pun masih nak lari atas jalan raya," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua pemuda cipta memori indah... Pimpin tangan sahabat OKU penglihatan tamatkan larian 21km! - “Saya tak fikir tentang PB”ARTIKEL BERKAITAN: Segak berlari pakai baju Melayu merah siap sampin, Edan Syah puas hati pecah rekod dunia maratonSelain melintas sesuka hati, netizen mendakwa ada kumpulan pelari yang memenuhi ruangan atas jalan sehingga mengganggu pemanduan."Aku pun berbulu (geram) dengan pelari-pelari macam ni. Geleng kepala je. Tambahan pula kalau lari berkumpulan. Lagi la mereka conquer terus jalan."Ramai yang lari ikut arus jalan. Sepatutnya pelari dan pejalan kaki ikut arah bertentangan dengan arus kenderaan," tulis netizen lagi.