SEORANG pengguna Facebook mengundang kemarahan ramai selepas dia berkongsi beberapa keping foto memaparkan seekor kucing diletakkan di dalam sangkar besi.Pada hantarannya, difahamkan individu berkenaan menangkap dan mengurung kucing terbabit bagi mengatasi masalah najis haiwan itu di halaman rumahnya. "Cara-cara menghilangkan masalah kucing jiran yang suka menjadikan halaman rumah kita ni tandas awam dia."Alhamdulillah, cara ini sungguh berkesan tanpa perlu bergaduh dengan jiran. Cumanya padan muka anak dia teriak (menangis) kucing hilang," ujarnya di Facebook.Tindakannya itu ternyata memancing kemarahan pencinta haiwan yang kemudiannya bertindak mengecam dan mengkritiknya di media sosial.Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan tentang nasib kucing tersebut selepas ditangkap dan kemungkinan dibuang di lokasi lain."Kucing indoor tak sama dengan stray cat. Bukan boleh hidup kat jalanan, lepaskan macam tu umpama bunuh dia."Ada jiran ni tak suka kucing juga, lima enam kali rumah dia dimasuki ular."Aku doakan seluruh keluarga kamu ditimpa musibah," demikian reaksi netizen dengan penuh rasa marah.Tindakan membuang kucing jiran mendapat kecaman masyarakat. -Gambar hiasan AIUndang-undang bendung kacau ganggu haiwanIsu masyarakat yang tidak pernah berkesudahan ini turut mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.Menerusi pindaan undang-undang kementerian yang disahkan pada Julai 2025, najis kucing dikategorikan sebagai 'sampah'.Susulan itu, bermula 1 Januari 2026, pemilik haiwan peliharaan termasuk warga asing yang sengaja membiarkan najis haiwan mereka di tempat awam boleh dikenakan tindakan tegas.Individu yang gagal mematuhi peraturan ini berdepan denda antara RM3,000 hingga RM10,000, selain kemungkinan dikenakan hukuman khidmat masyarakat.Daripada sudut kesihatan pula, najis kucing akan menyebabkan manusia mudah dijangkiti parasit Toxoplasma gondii (T. gondii).Menurut laporan, kucing peliharaan boleh dijangkiti T. gondii sekiranya ia diberikan daging mentah sebagai makanan harian.Ekoran itu, manusia yang membersihkan najis kucing turut berisiko dijangkiti kerana parasit tersebut mampu mengeluarkan jutaan telur (oosista) dalam najisnya.Apabila T. gondii memasuki badan manusia, ia akan membiak dan berubah bentuk seterusnya merebak secara sistemik ke dalam tisu mahupun organ terutamanya mata.Jangkitan pada mata dikenali sebagai Ocular Toxoplasmosis yang mana bahagian retina dan koroid (lapisan dalam mata) mengalami keradangan seterusnya menyebabkan simptom mata merah, berair dan terasa tidak selesa.Lebih membimbangkan apabila ia mengakibatkan mata mereka yang dijangkiti mengalami buta.