Membaca label makanan sebelum membeli adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan. -Gambar hiasan AI
SEGELAS susu sering dianggap pilihan paling mudah untuk kekal sihat, terutama bagi mereka yang sedang mengawal berat badan.Namun, di sebalik label low fat (rendah lemak) yang kelihatan meyakinkan, masih banyak salah faham berlegar dalam kalangan masyarakat. Mengulas lanjut mengenainya, laman Facebook Public Health Malaysia mendedahkan sisi gelap dalam teknik pemasaran industri makanan."Jika anda pergi ke pasar raya dan memilih susu rendah lemak semata-mata kerana takut gemuk, anda telah berjaya ditipu oleh gimik pemasaran industri makanan," jelasnya.Ini anatomi dan fakta biologi kenapa susu full cream (penuh krim) sebenarnya jauh lebih baik untuk misi kurus berbanding susu low fat.1. Rahsia jijik industri low fatApabila pengilang membuang lemak semula jadi daripada susu, susu tersebut akan hilang tekstur berkrim dan rasanya menjadi sangat tawar (bland) seperti air kapur.Daripada sudut biologi, apabila pengilang ingin mengembalikan rasa sedap supaya produk laris, gula tambahan, perisa atau pemekat tiruan terpaksa ditambah ke dalam susu tersebut.Anda sangka anda potong lemak, rupa-rupanya anda sedang teguk air gula.2. Ketiadaan lemak cetuskan tsunami insulinKatakanlah anda beli susu low fat yang tiada gula tambahan, ia tetap bahaya untuk diet anda.Susu secara semula jadi mempunyai gula laktosa.Untuk pengetahuan anda, lemak berfungsi sebagai 'brek' yang melambatkan penyerapan gula laktosa ke dalam darah.Apabila lemak dibuang (low fat/ skim), tiada lagi 'brek' seterusnya gula laktosa akan diserap sepantas kilat.Ia mengakibatkan pankreas terkejut dan merembeskan hormon insulin yang banyak.Insulin adalah 'hormon penyimpan lemak' yang mana gula berlebihan akan terus disimpan sebagai lemak perut buncit (visceral fat).3. Keajaiban lemak semula jadi (full cream)Susu penuh krim mengandungi lemak semula jadi yang sangat sihat.Lemak inilah yang membuatkan anda rasa kenyang lebih lama (satiety), sekali gus menghalang anda daripada mengunyah jajan atau makan berlebihan.Lemak ini juga wajib ada untuk bantu badan anda menyerap vitamin A, D, E, dan K.Oleh itu, jangan tertipu dengan tulisan besar low fat di hadapan kotak sebaliknya teliti bahagian karbohidrat atau jumlah gula di belakang kotak.Anda pasti terkejut melihat kandungan gula susu rendah lemak yang jauh lebih tinggi.Susu penuh krim juga sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak.