PERCAYA atau tidak, ramai pasangan yang mengalami peningkatan libido sepanjang bulan Ramadan.Sebenarnya, perubahan ini bukanlah sesuatu yang pelik. Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, peningkatan libido yang dialami berkait rapat dengan keseimbangan badan sepanjang tempoh berpuasa.Ini perkara yang perlu anda tahu mengenainya.1. Badan jadi lebih stabil dan ringanBerpuasa dapat membantu sistem badan lebih teratur kerana paras gula menjadi terkawal selain tubuh kurang kembung dan bengkak.Maklumlah, sistem pencernaan juga ‘berehat’ pada siang hari. Situasi tersebut menyebabkan badan anda berasa ringan dan tenaga 'dijana' secara konsisten.2. Mood baik, emosi lebih tenangRutin sahur dan berbuka yang tersusun membantu corak tidur menjadi lebih stabil. Apabila emosi seimbang dan kurang stres, keinginan secara semula jadi boleh meningkat.Oleh itu, tahap libido seseorang akan turut memuncak.3. Hormon kembali aktif waktu malamSelepas berbuka, badan mendapat air dan kandungan kalori yang mencukupi. Hormon serta tenaga menjadi kembali aktif seterusnya menyebabkan seseorang itu menjadi lebih mesra, sensitif dan mudah tertarik pada pasangan.4. Tanda badan kembali seimbangPerubahan yang berlaku itu bukanlah bermaksud anda tidak fokus pada ibadah.Ia sebaliknya menjadi petanda tubuh anda sedang pulih dan kembali kepada keseimbangan semula jadi.5. Peluang eratkan hubungan suami isteriDalam rumah tangga, keintiman pada waktu dibenarkan adalah satu bentuk kasih sayang yang dihalalkan.Ia boleh menjadi ruang untuk hubungan antara suami isteri menjadi lebih rapat dan harmoni.Anda yang mengalami masalah dalam perhubungan, bolehlah mulakan langkah daripada sekarang dan ambil nikmat sempena bulan Ramadan.