PASTI ramai di antara kita akan memasak dalam kuantiti yang banyak supaya juadah berbuka puasa dapat dijadikan hidangan semasa sahur.Maklumlah, bukan mudah nak kumpul tenaga untuk 'berperang' di dapur pada awal pagi. Bagaimanapun, cara penyimpanan yang salah boleh mengakibatkan kesan serius pada tubuh dan kesihatan seperti dilaporkan laman Facebook Public Health Malaysia."Bangun sahur pukul 5.15 pagi, mata masih mamai. Buka tudung saji, nampak ada baki kari ayam lauk berbuka semalam walaupun kuah nampak berbuih halus.Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih selamat dimakan semasa bersahur. -Gambar hiasan AI"Sebab sayang nak buang dan malas nak masak menu lain, anda pun cakap dalam hati panaskan lama sikit atas dapur sampai menggelegak, matilah kuman tu."Tolong buang tabiat ni jauh-jauh, itu bukan kari ayam, itu adalah bom jangka yang sedang menunggu masa nak meletup dalam usus anda waktu siang nanti," tegasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah bersenam sebelum sahur... Tapi jangan abaikan 6 perkara ini jika mahu ibadah puasa anda lancarIni fakta keselamatan makanan yang perlu anda fahami bagi mengelakkan masalah keracunan di kemudian hari.1. Panaskan hidangan dapat mematikan bakteria atau kumanMemang betul api yang panas menggelegak boleh membunuh bakteria dalam lauk basi. Namun, hidangan tersebut telah terdedah pada suhu bilik sepanjang malam dan bakteria sudah meninggalkan toksin (racun) di dalamnya.Toksin yang terdapat dalam hidangan tersebut kebal haba. Walaupun telah panaskan selama sejam, racun yang terkandung di dalamnya tetap kekal dan akan masuk ke dalam perut anda.2. Zon bahaya empat jamApabila lauk dibiarkan di luar peti sejuk lebih dari empat jam, pembiakan bakteria jahat seperti Staphylococcus aureus akan berlaku.Lebih membimbangkan apabila pembiakan tersebut berlaku dengan kelajuan berganda.3. Keracunan boleh berlaku pada bila-bila masaBayangkan pukul 10 pagi, perut mula memulas teruk sehingga mengalami muntah dan cirit-birit seperti paip bocor. Apabila badan kehilangan air secara drastik, anda berisiko tinggi terkena dehidrasi teruk.Situasi lebih membahayakan apabila buah pinggang turut mengalami kerosakan dan akhirnya terpaksa batal puasa untuk masuk air (drip) di wad kecemasan.4. Cara elak makanan tercemarHidangan berbuka yang ingin dijadikan lauk sahur perlulah disimpan di dalam bekas bertutup dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.Paling penting, ia disimpan dalam tempoh dua jam selepas dimasak bagi mengelakkan bakteria membiak.Sekiranya ingin dinikmati pada waktu sahur, anda boleh keluarkan dari peti sejuk dan panaskan seperti biasa.