Tetamu perlu peka tentang adab bertandang ke rumah orang lain terutama pada waktu malam. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang tentang tindakan segelintir saudara-mara yang berkunjung ke rumah keluarganya pada waktu malam.Menurut individu itu, waktu mereka bertandang dianggap tidak sesuai iaitu selepas solat Isyak sehingga mengganggu ruang rehat ibu bapanya. Katanya, dia menyaksikan sendiri bagaimana ibu bapanya mengeluh setiap kali ada tetamu datang pada waktu yang kebiasaannya sudah menjadi masa tidur buat kedua-dua orang tuanya."Tolong la jangan datang ke rumah orang malam-malam, walaupun saudara-mara sekalipun. Serius mengantuk.Bukan semua tuan rumah selesa menerima tetamu pada waktu lewat malam. -Gambar hiasan AI"Aku sebagai anak perempuan menyaksikan mak ayah mengeluh sebab ada saudara-mara datang pukul 9 malam. Tu waktu tidur mak ayah aku tau," luah wanita tersebut.Tambahnya, dia bukanlah berniat untuk memutuskan silaturahim, namun soal adab sebagai tetamu seharusnya difahami bersama."Mak ayah terpaksa bersengkang mata layan tetamu sebab tak tergamak nak halau atau minta mereka pulang.ARTIKEL BERKAITAN: Jahanam TV! Lelaki geram anak tetamu tiada adab, mak ayah 'sporting' tak bertempat - "Biar la budak-budak"ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula"Tapi aku rasa common sense sendiri kot. Jangan jadi tetamu kat rumah orang lepas Isyak. Bagi ruang tuan rumah rehat," katanya.Luahan itu mengundang perbincangan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa waktu malam, khususnya selepas Isyak, adalah masa untuk keluarga berehat dan meluangkan masa sesama sendiri."Pernah sepupu suami janji nak datang pukul 8 malam, pukul 1 pagi baru sampai. Rupa-rupanya dia pergi beraya rumah saudara lain dulu.Wanita kesal saudara datang selepas Isyak hingga ganggu waktu rehat ibu bapanya.Pukul 9 malam sudah waktu tidur, namun terpaksa layan tetamu.Dia tegaskan adab bertandang perlu jaga waktu sesuai.Ibu bapa segan halau walaupun keletihan.Netizen setuju malam waktu untuk keluarga berehat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya pernah terima tetamu masa raya. Dia duduk dari pukul 3 petang sampai 9 malam. Saya hidang air je, lepas tu tak datang dah."Famili saya pukul 9 malam dah tutup lampu, pintu pagar berkunci sebab jenis tidur awal. Kami sendiri pun tak suka pergi rumah orang malam-malam," komen netizen.Adab tetamu datang waktu malamMelayan dan menyambut tetamu datang ke rumah merupakan satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam.Namun tuan rumah juga mempunyai hak untuk menghadkan waktu ziarah ke rumahnya, demikian menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Ini adalah kerana tuan rumah mempunyai hak privasi serta memerlukan waktu berehat bersama keluarga tanpa diganggu oleh sesiapapun.Bagi yang bertandang, hormatilah hak tuan rumah dengan datang pada waktu yang sesuai melainkan jika ada kecemasan atau ingin meminta bantuan.