suria

“Mama buat dekat papa semalam!” - Guru tadika terkedu murid 4 tahun tunjuk aksi intim depan kawan, rahsia terbongkar lepas disoal siasat

Ibu bapa tak sepatutnya melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak. -Gambar hiasan AI

IBU bapa perlu berpada-pada ketika menunjukkan kemesraan di hadapan anak-anak kerana dikhuatiri boleh memberi pengaruh kurang baik kepada mereka.

Di Threads, seorang guru tadika mendakwa seorang kanak-kanak berusia empat tahun pernah membuat aksi tidak sepatutnya yang ditiru daripada ibu bapanya.

"Jangan 'bersama' depan anak kecil walaupun mereka tidur. Hari tu, ada seorang murid empat tahun duduk bersila dekat lantai dengan kawan di sebelah.

Children looking for porn sites on tablet.

Kanak-kanak cenderung untuk meniru aksi yang dipamerkan orang dewasa. -Gambar hiasan

"Tiba-tiba dia buat aksi macam orang dah kahwin dekat kawannya. Bila tanya kenapa buat macam tu, dia cakap mama buat dekat papa semalam.

"Saya tanya dia tidur ke masa nampak tu? Dia kata tak tidur, cuma pejam mata je," kongsi wanita itu pada Selasa.

Tambahnya, kejadian itu berlaku ketika dia berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah tadika yang tidak dinyatakan lokasinya.

  • Guru tadika dakwa seorang kanak-kanak empat tahun buat aksi tidak senonoh.
  • Ketika ditanya, kanak-kanak itu berkata aksi tersebut ditiru daripada ibu bapanya.
  • Kanak-kanak itu tidak tidur, sebaliknya hanya pejam mata ketika ibu bapanya bermesraan.
  • Guru itu memohon ibu bapa agar lebih berhati-hati di hadapan anak masing-masing.

Menurut wanita itu lagi, dia juga yakin guru-guru lain pastinya pernah berdepan kejadian sama.

"Apa yang mengejutkan, benda ni bukan jadi pada budak lelaki tu je. Ramai lagi murid yang buat. Bila tanya, jawapan memang sama. 

"Nampak mak ayah buat sebab tidur dalam bilik yang sama. Saya jamin, ramai guru tadika lain pun pernah jumpa murid macam ni," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkedu lihat aksi lucah 2 beradik di bilik kecil! Syak tidur sebilik dengan mak ayah atau gajet jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak ‘main jilat’, rakan tengok aksi tu di telefon emaknya

Dalam hantaran sama, dia turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar lebih peka dengan kehadiran anak-anak sebelum melakukan perkara yang tidak sepatutnya ditonton mereka.

"Anak yang dah boleh nampak dan simpan memori dalam ingatan dia akan belajar macam-macam daripada kita. Mereka cuma tiru apa yang mak ayah buat.

"Mereka tak tahu benda tu betul atau salah. Jadi kita kena peka. Saya pun ibu, banyak lagi ilmu perlu dipelajari.

"Budak bawah setahun pun dah pandai meniru kita kan? Semoga yang baik-baik untuk anak kita semua," pesannya lagi.

Artikel Lain