suria

“Tiba-tiba Allah jentik hati” - Ejen hartanah cerita kisah pasangan belum kahwin nak sewa rumah... Satu soal bongkar kebenaran!

Pasangan belum berkahwin tidak sepatutnya menyewa bersama. -Gambar hiasan AI

SEORANG ejen hartanah meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah pasangan belum berkahwin yang mahu menyewa sebuah unit kediaman.

Dalam hantaran di Thread, dia mendedahkan terpaksa menolak pasangan itu kerana enggan bersubahat dengan perbuatan yang melanggar batasan agama.

"Bawa tenant view rumah sewa. Semua cantik, screening semua cun, deposit pun mereka dah ready. Tenant suka sangat dan berminat nak sewa.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Pemilik rumah sewa juga bertanggungjawab untuk menghalang aktiviti maksiat. -Gambar hiasan

"Masa mereka nak transfer duit, tiba-tiba Allah jentik hati nak tanya memang tinggal berdua atau ada anak-anak sekali? 

"Yang perempuan tu terlepas cakap yang mereka belum kahwin. Terus saya batalkan sewaan tu. Maaf ya. Saya tak nak terlibat.

"Saya kerja cari makan untuk anak-anak. Allah masih jaga periuk nasi saya. Alhamdulillah," kongsinya di Thread.

  • Ejen hartanah kongsi cerita tentang pasangan belum nikah yang mahu menyewa bersama.
  • Ejen itu terpaksa menolak pasangan berkenaan kerana enggan bersubahat melakukan dosa.
  • Status pasangan itu terbongkar selepas dia bertanya soalan sebelum proses menandatangani dokumen sewaan.
  • Wanita itu bimbang pendapatannya tidak berkat jika dia membenarkan pasangan itu menyewa.

Menurut wanita itu lagi, dia menganggap peristiwa itu sebagai satu pengalaman dan pengajaran, apatah lagi ia berlaku dalam bulan suci Ramadan.

"Mereka nak kemasukan segera. Kiranya kalau settle semua tadi, terus nak ambil kunci minggu depan. Dan masih belum ada perancangan nak kahwin. Saya dah tanya tadi.

"Saya pun terkejut. Nasib belum sempat bayar deposit dan sign agreement. Allah masih jaga. Kalau tengok duit semata-mata, memang bagi je.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 anak masuk sekolah, penyewa cuma mampu bayar RM300... ‘Owner‘ terus halal sewa rumah RM1,550 - “Kita mudahkan urusannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Beli rumah untuk 'investment', wanita buntu ibu suruh sewakan murah untuk adik beradik - "Belum tentu mereka ingat jasa kita"

"Tapi fikir halal haram juga sebab semua tu bersangkut paut dan akan jadi darah daging juga," tulis wanita itu lagi.

Menerusi ruangan komen, beberapa individu dipercayai pemilik rumah sewa dan ejen hartanah turut berkongsi saranan serta pandangan masing-masing berhubung isu itu.

"Saya ada rumah sewa. Memang saya minta sijil nikah untuk elak benda macam ni. Saya nak rezeki halal.

"Samalah situasi saya. Ada juga yang mix gender. Saya memang tak bagi. Tak nak tambah dosa," tulis beberapa individu.

Artikel Lain