TAHAP kesabaran seorang wanita diuji apabila dia menerima mesej di media sosial daripada individu tidak dikenali bagi memohon sumbangan wang.Menurut wanita itu, dia pada mulanya tersentuh hati membaca kisah seorang pelajar yang meminta duit belanja daripada bapanya namun tidak diendahkan. Simpati dengan nasib pelajar tersebut, wanita itu meninggalkan komen menawarkan bantuan dan meminta imbasan kod QR untuk menyalurkan sedikit wang.Namun tidak lama kemudian, emosinya terganggu apabila dia mendakwa menerima satu mesej daripada seorang wanita hamil.Wanita perlu menjaga tingkah laku ketika hamil. -Gambar hiasan"Makin hari makin orang tak tahu malu ya? Tiba-tiba saya dapat mesej dia cakap macam ni... hi kak, saya nampak komen akak nak bagi duit makan dekat pelajar."Saya nak boleh? Saya mengandung. Mengidam nak makan macam-macam dessert. Akak boleh tolong bank in dekat saya tak?"Saya tak tahu rasional ke tak perasaan masa tu. Tapi saya dapat rasakan darah naik ke kepala. Marah betul masa tu. Saya ni nak tolong student untuk survive, memang tak ada duit makan," ujarnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lihat penghantar makanan terbabit kemalangan, iklan raya Janji Ibu buka mata Ezzaty Abdullah tentang perlindungan sosialARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu nak kongsi berita hamil... Anggap ada individu akan fikir ‘jauh’, berimaginasi aksi ‘bersama’ suamiDisebabkan terlalu marah, dia mengambil keputusan untuk terus menyekat (block) wanita tersebut tanpa sebarang balasan mesej."Maaf, tapi saya rasa tak boleh terima langsung. Kalau ada suami kenapa saya pula kena bagi duit? Mengidam tu bukan survival needs at all!"Masa student dulu saya pernah kongsi nasi lemak dengan kucing jalanan, punya tak ada duit masa tu. Saya tolong pelajar macam ni."Setakat desserts ni kau tak payah minta dekat orang lain, minta je dekat suami. Lantak kau la, ramai lagi orang memerlukan," jelasnya lagi.Wanita kesal terima mesej ibu hamil minta duit untuk dessert selepas dia bantu pelajar susah.Niat asal mahu hulur bantuan kepada pelajar berlapar, lain pula yang masuk mesej.Permintaan tidak wajar ibu hamil buat wanita itu berang hingga terus 'block'.Netizen turut menyelar sikap dianggap 'entitlement' dan tidak tahu malu.Ramai berpendapat bantuan patut diberi kepada yang benar-benar terdesak, bukan sekadar kehendak.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut berasa kurang senang dengan tindakan ibu hamil berkenaan."Golongan ibu hamil dengan dia punya entitlement (rasa diri berhak) tak habis-habis.“Wey... the audacity (berani buat permintaan)! Dia yang hamil, orang lain pula kena penuhi mengidam dia."Kalau betul-betul susah tak apa la juga. Contoh dua hari tak dapat makan ke," komen beberapa netizen.