suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerabat diraja rebah tepi jalan, ‘lalok’ dadah kokain berlebihan

Wanita itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan pengabaian kanak-kanak. -Foto CPS

SEORANG anggota keluarga diraja ditemukan rebah di tepi jalan selepas mengambil dadah secara berlebihan ketika menjaga seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, menurut keterangan di mahkamah.

Mahrah Al Nahyan, 32, ditemukan terbaring berhampiran seorang lelaki yang tidak sedarkan diri, manakala kanak-kanak di bawah jagaannya sedang bermain berhampiran jalan raya di barat London.

Mahkamah dimaklumkan, Mahrah yang merupakan anggota keluarga diraja Abu Dhabi dilaporkan mengambil kokain beberapa hari sebelum ditemukan di tepi jalan dalam kejadian pada Jun lalu.

Polis berkata, wanita itu mengambil masa 30 minit untuk kembali sedarkan diri selepas orang awam melaporkan kejadian berkenaan kepada mereka.

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan pengabaian kanak-kanak di Mahkamah Diraja Southwark pada 13 Oktober.

Mahrah didenda £5,000 (RM26,600) dan diarahkan membayar kos guaman sebanyak £1,000 (RM5,320) selepas mahkamah dimaklumkan dia menerima elaun sebanyak £8,000 (RM42,560) sebulan.

Hakim berkata: “Dengan membiarkan kanak-kanak itu bermain di jalan ketika anda berada di bawah pengaruh dadah, anda menunjukkan sikap cuai dan tidak mempedulikan keselamatan kanak-kanak itu.

“Pada satu ketika, kanak-kanak itu berlari ke arah jalan raya ketika mengejar sekeping kertas sebelum seorang orang awam berjaya menghalangnya.

“Kanak-kanak itu berisiko diculik atau dicederakan oleh orang tidak dikenali, selain mungkin mengalami tekanan emosi apabila melihat anda dan rakan anda tidak sedarkan diri di tepi jalan.”

Untuk rekod, Mahrah menjadi anggota keluarga diraja Abu Dhabi melalui perkahwinan. 

Keluarga diraja itu antara yang terkaya di dunia dengan anggaran harta melebihi £250 bilion (RM1.33 trilion).  -Agensi

Artikel Lain