Memang wujud segelintir orang tua yang malas untuk berpuasa walaupun tubuh badan masih sihat. -Gambar hiasan AI
SEORANG individu di aplikasi Thread meraih perhatian ramai apabila mendakwa bapanya masih tidak berpuasa walaupun sudah berusia separuh abad.Dalam hantaran itu, pengadu berkata dia bapanya sering menggunakan alasan gastrik, namun tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah yang dihadapi. "Sampai rasa benci dengan bapa aku. Umur dia dah 51 tahun tapi dah berpuluh tahun tak puasa. Kalau dia puasa pun, setengah hari je.Makan dan merokok secara terbuka pada siang hari bulan Ramadan adalah satu perbuatan terkutuk. -Gambar hiasan AI"Alasannya gastrik. Kalau tak makan, nanti dia lembik. Celah mana gastrik pun tak tahu. Bukannya pernah pergi check dengan doktor pun."Nak pergi klinik pun takut. Tak padan dengan lelaki. Hari cuti terbongkang kat rumah pun tak puasa," tulis individu itu panjang lebar.Menurut pengadu lagi, dia juga kurang senang dengan sikap bapanya yang makan dan menghisap rokok secara terbuka di hadapan keluarga pada siang hari dalam bulan Ramadan.Seorang anak mendakwa bapanya masih tak berpuasa walaupun sudah tua.Individu itu tular selepas berkongsi kisah bapanya menerusi aplikasi Thread.Dia berkata bapanya sering makan dan merokok pada siang hari dalam bulan Ramadan.Dia juga kesal dengan sikap hipokrit bapanya yang berlagak alim.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pukul 11 pagi dia lapar, lepas tu cedok nasi dan hisap rokok. Dah nama pun puasa, mestilah lapar. Kalau pergi bazar, sibuk dia nak makanan itu ini."Dah la tak puasa, kemudian tak tolong apa-apa. Tidur terkangkang. Apabila nak iftar, terus menapak nak makan sekali. Siap makan, dia letak pinggan dalam sink dan terus pergi solat.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah realiti peniaga bazar Ramadan, dakwa 70 peratus tak puasa selamba teguk air - “Ada siap letak air atas meja”ARTIKEL BERKAITAN: Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!"Dah la makan orang hidang. Pinggan orang kena basuh. Jaga hubungan dengan Tuhan, tapi dengan manusia?" tulisnya lagi.Dalam hantaran sama, dia turut menyelar sikap munafik bapanya yang suka mendengar ceramah, namun masih gagal untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim dan ketua keluarga."Dia suka dengar ceramah agama. Depan orang bukan main zuhud, bagi nasihat dan ceramah. Hipokrit. Mak aku pun enabler, tak tegur. Dia kata malas nak gaduh," kongsinya lagi.