Meninggalkan puasa Ramadan secara sengaja tanpa uzur syarie adalah dosa besar bagi umat Islam. -Gambar hiasan AI
LUAHAN seorang peniaga bazar Ramadan tular di media sosial selepas mendakwa sebahagian besar penjaja tidak berpuasa.Menerusi satu hantaran, peniaga itu meluahkan rasa sedih kerana ada yang tanpa segan silu meneguk air terutamanya golongan lelaki. "Zaman sekarang ramai ke orang tak berpuasa? Saya ini berniaga dekat bazar, 70 peratus orang minum air."Ada peniaga yang siap letak (air) dekat atas meja. Sedih tengok orang Islam kita jadi macam itu," luahnya di Threads.Peniaga bazar meraih keuntungan lumayan setiap kali tiba bulan Ramadan. -Gambar hiasanPeniaga tersebut menjelaskan, kesimpulan 70 peratus itu dibuat berdasarkan pemerhatiannya sepanjang hampir sebulan berniaga di tapak sama.Malah apa lebih mengejutkan ada di antara mereka yang berimej alim turut tidak berpuasa. "Pertama, sebab saya sudah hampir sebulan duduk (berniaga) dekat bazar. Kedua, tapak saya pada kedudukan depan tandas (port minum)."Jadi kadang-kadang saya perasan, khemah peniaga sebelah saya pun sama. Bukan main pakai lebai, serban tapi air penuh dalam tong ais. Memang nampak, sah-sah la mereka minum," dakwanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah rugi 10K bisnes di bazar sebab 'over confident', pemuda kini 'masyuk' jual air balang! Tawar emas kepada pelangganARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar Ramadan buat muka tak malu teguk air pukul 3 petang, netizen persoal keberkatan rezeki gara-gara tak puasaLuahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen malah mengakui pernah terserempak dengan situasi sama sehingga hilang rasa untuk menyokong peniaga berkenaan."Saya kalau tahu mana-mana peniaga tak puasa, saya tak nak beli dekat gerai dia berniaga."Entahlah, saya pun pernah nampak peniaga bazar tak puasa tapi bila jadi macam ini buatkan saya turn-off nak sokong apa benda yang dijual."Saya pun berniaga juga tapi bukan dekat bazar tapi warung. Dengan cuaca panasnya, ya Allah... pukul 3 hingga 4 petang tu sudah mula rasa pening kepala.Geng plastik hitam digunakan kepada golongan tidak berpuasa bulan Ramadan. -Gambar hiasan AI"Bayangkan yang niaga dekat bazar dari pukul 2 dah mula kemas barang. Sampai petang masih nampak bertenaga. Tak tahu la apa amalan mereka ya," antara komen netizen. Dalam pada itu, seorang lagi peniaga bazar tampil memberi pandangan dari sudut berbeza selepas hantaran tersebut menjadi viral. Menurutnya, isu segelintir individu tidak berpuasa di bazar bukan perkara baharu dan pernah diadukan empat tahun lalu."Tiap-tiap tahun hadap benda sama. Saya rasa berdosa kalau biarkan mereka begini. Saya tak tahu apa yang letih sangat berniaga, bukan mati pun berpuasa," katanya.Peniaga bazar dakwa 70 peratus individu minum secara terbuka pada siang hari bulan Ramadan.Tapak berhampiran tandas didakwa jadi kawasan berkumpul segelintir yang tidak berpuasa.Netizen luah kecewa, ada enggan sokong peniaga yang tidak berpuasa.Peniaga rayu orang ramai jangan boikot semua bazar kerana masih ramai yang berpuasa.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, dia berharap orang ramai tidak menghukum semua peniaga bazar hanya kerana segelintir pihak bersikap sedemikian.Sekiranya ramai mula memboikot, perniagaan mereka akan terkesan dan terpaksa menanggung kerugian."Janganlah berhenti menyokong peniaga bazar. Kasihan kami terkesan sebab ada yang bertekad tak mahu ke bazar sebab ramai tak puasa."Masih ramai yang berniaga dengan ikhlas dan berpuasa walaupun berniaga di bazar memang mencabar," katanya.