Seorang suami seharusnya berperanan sebagai pembimbing dan ketua keluarga, khususnya dalam hal-hal berkaitan agama. -Gambar hiasan AI
RAMAI ibu bapa menekankan kepentingan solat sejak anak masih kecil, namun hakikatnya cabaran sebenar timbul apabila mereka sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik.Itulah situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila suami yang sepatutnya menjadi pembimbing keluarga mengambil mudah soal solat. Menurut wanita tersebut, suaminya kerap menangguhkan solat malah kadangkala tidak menunaikan kewajipan solat fardu cukup lima waktu.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku pun terikut tak solat” - Wanita sedih dapat suami jahil agama, abai tanggungjawab bimbing masyuk syurgaARTIKEL BERKAITAN: Luaran suami nampak baik, semua orang puji! Hakikatnya tak solat, malas puasa... Isteri dibiar urus rumah tangga sendirian"Apa patut saya buat apabila suami selalu solat hujung-hujung waktu. Kadang-kadang ada waktu suami tak solat."Sehari tu mesti ada lompong, tak cukup lima waktu," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. Wanita itu mengakui dia sudah lama memendam rasa terkilan, lebih-lebih lagi apabila suaminya kerap menegur anak-anak sekiranya mereka lambat atau terlepas solat, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan solat awal waktu.Ibu bapa wajar menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak. -Gambar hiasan AI"Maaf, bukan nak buka aib suami, tapi saya tak tahu nak buat macam mana. Saya dah lama pendam benda ni, dah hampir 14 tahun," kongsinya lagi.Bukan tidak pernah menegur, namun ujarnya dia akan dimarahi atau suaminya bersikap acuh tak acuh, sehingga membuatkan usaha untuk menegur seolah-olah tidak membuahkan hasil."Kalau cakap nanti kita yang kena marah. Tapi saya nak anak-anak jadikan ayah mereka sebagai contoh. "Satu perkara lagi, bapa mentua memang tak solat. Saya tak pernah nampak dia solat, adik-adik suami semua tak solat juga baik lelaki dan perempuan."Yang solat dan mengaji hanya ibu mentua. Tapi saya pun tak pernah nampak mak mentua tegur anak-anak dia suruh solat," ceritanya. Seorang wanita terkilan kerana suaminya sering menangguhkan atau kadang-kadang tidak solat.Dia buntu menegur suami kerana sering dimarahi atau dapat respons acuh tak acuh.Dia kecewa kerana mahu anak-anak mencontohi ayah mereka.Latar belakang keluarga suami juga kurang mengamalkan solat.Netizen menasihatkannya guna pendekatan lembut dan terus berdoa.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan keadaannya, malah memberikan nasihat tentang cara menegur suami dengan bijaksana tanpa menimbulkan konflik dalam rumah tangga.Ada juga yang menasihati agar wanita itu bersabar dan menggunakan pendekatan lembut, sambil terus mendidik anak-anak mengenai kepentingan solat."Kalau dah tegur pun tak jalan, berdoa saja semoga dia berubah. Apa-apa pun, dosa solat dia bukan isteri tanggung."Banyak berdoa agar suami awak solat awal waktu. Ajak suami solat jemaah adalah pilihan terbaik."Doa supaya Allah yang tegur dia... 14 tahun agak lama," komen netizen.