suria
mStar - Urban.Versatil

“Aku tinggal dia dekat Batu Caves!” - Pemuda penat memandu dari Kelantan ke Gombak hilang sabar, kawan menumpang berlagak bos

Segelintir individu suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan kawan-kawan. -Gambar hiasan AI

MENUMPANG kenderaan orang lain menuntut sikap bertimbang rasa serta hormat terhadap pemandu.

Namun, seorang pemuda di Thread meluahkan rasa kecewa apabila berdepan kejadian kurang menyenangkan ketika dia memandu dari Kelantan ke Selangor.

"Aku nak pergi ke Gombak, ada kerja. Kawan beritahu ada member dia seorang lagi nak tumpang. Aku cakap okey, boleh bergilir memandu.

Cars back from East Cost situation at Gombak Toll. — LOW LAY PHON/The Star

Perjalanan dari Kelantan ke ibu negara biasanya mengambil masa sekitar tujuh jam. -Gambar hiasan

"Aku memandu sampai Gua Musang, kemudian kawan aku drive. Sampai Raub, kawan aku mengantuk. Aku minta la orang ketiga tu drive.

"Dia cakap tak biasa pandu kereta orang. Jadi kami parking di masjid, lepas Subuh baru bertolak semula," kongsinya memulakan cerita.

Tidak terhenti di situ, pemuda itu mendakwa individu tersebut sekali lagi menguji kesabarannya sejurus mereka tiba di Gombak.

  • Pemuda kongsi cerita memandu dari Kelantan ke ibu negara.
  • Dia kesal salah seorang penumpang enggan bergilir memandu.
  • Penumpang itu turut meminta dihantar ke Bangi.
  • Pemuda itu bengang kerana destinasinya hanyalah di Gombak.

"Sampai je di tol Gombak, dia tanya boleh ke hantarkan sampai Bangi? Aku apa lagi, sembur la. Dah la naik free, kereta tak nak bawa.

"Lepas tu nak hantar ke Bangi pula? Aku pun pergi Gombak je. Pandai-pandailah kau pergi sendiri. Aku tinggalkan dia dekat pasar raya di Batu Caves.

"Pandai-pandailah dia cari jalan sendiri. Aku tak tahu la dia call siapa pula untuk suruh hantar," kongsi pemuda itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tempik pemandu bas ekspres izin ‘penumpang haram’ ikut balik Kelantan! Panas hati disuruh duduk tempat kelindan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

Berdasarkan semakan, jarak dari Gombak ke Bangi adalah kira-kira 47 kilometer (km) jika melalui laluan biasa.

Perkongsian pemuda itu turut dibanjiri pelbagai komen netizen.

"Kita ni menumpang dengan adik-beradik pun kena consider, kongsilah sikit-sikit duit minyak, makan minum atau buah tangan.

"Ibarat dari hujung ke hujung tu. Bangi dengan Gombak bukannya bersebelahan," tulis beberapa pelayar Thread.

Artikel Lain