suria
mStar - Urban.Versatil

“Mereka viral buat benda bodoh” - Wanita persoal influencer dibayar mahal, bandingkan nasib jururawat dapat gaji rendah

Ramai pempengaruh raih pendapatan lumayan selepas memiliki jumlah pengikut yang tinggi di media sosial. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mengundang perdebatan ramai apabila dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan pempengaruh yang menurutnya lebih bernasib baik.

Dalam hantaran di Thread, wanita itu mempersoalkan bayaran tinggi diterima oleh kebanyakan pempengaruh yang dianggap tidak adil berbanding profesion lain.

"Saya rasa tak adil bagaimana sesetengah influencer mendapat bayaran lebih tinggi berbanding orang yang bekerja keras seperti jururawat atau pekerja kilang.

Pempengaruh biasanya dibayar untuk menghasilkan video promosi sesebuah produk atau perniagaan. -Gambar hiasan AI

"Golongan ini underpaid. Bayangkan, mereka ini terpaksa belajar, ambil diploma, tamatkan ijazah tapi masih dibayar lebih rendah berbanding influencer.

"Influencer ini pula mungkin tahap pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) je. Kemudian, mereka viral kerana buat benda bodoh," luah wanita itu panjang lebar.

Menurutnya lagi, dia tidak berniat mempersoalkan rezeki yang diatur Allah, namun dia sekadar mahu menyuarakan ketidakpuasan hatinya sahaja.

  • Wanita persoal bayaran mahal yang diterima golongan pempengaruh.
  • Dia rasa tak adil melihat pekerja bidang lain terima bayaran lebih rendah.
  • Menurutnya, dia tidak berniat untuk mempersoalkan rezeki orang lain.
  • Netizen pula berkata kerjaya sebagai pempengaruh biasanya tak kekal lama.

"Saya faham itu rezeki masing-masing, tapi bertuahnya mereka yang jadi influencer, boleh jual bakat dan dapat bayaran sangat tinggi.

"Mereka pun ada struggle seperti kena kecam apa semua tu, tapi saya tetap rasa frust lihat golongan lain bekerja keras setiap hari, tapi gaji cuma RM2,000.

"Ada yang kena buat kerja lebih sedangkan influencer dibayar RM3,000 ke RM4,000 bagi setiap video yang mereka hasilkan," jelasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan berubah sikap sejak jadi influencer, ajak lepak tapi sibuk buat live TikTok - “Sumpah tak dengki dia popular”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Influencer’ order macam-macam, tawar diri buat reviu demi makan free... Diminta bayar, berani ‘petik’ nama bos kedai

Di ruangan komen, netizen memberikan pendapat berbeza-beza tentang isu yang diutarakan wanita itu.

"Influencer ni ikut musim dan susah untuk bertahan lama. Pekerjaan profesional pula lebih stabil.

"Mereka tu tak akan kekal lama pun. Nanti dah tak hype, mereka akan susah untuk mantain pendapatan tu.

"Kalau awak percaya Tuhan, awak tak akan keluar statement macam ni," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain